26 Mac 2015

Viral - Panel Meter Myvi & Alza Tidak Mengikut Piawaian .




Mengenai seorang rakyat Jerman yang meluahkan kebimbangan beliau tentang ciri yang terdapat di model kereta Myvi dan Alza keluaran Perodua tersebar di media sosial minggu Lalu.

Memetik laporan laman webviraliyat.net, jurutera Jerman yang dikenali sebagai Wolf Vaupel mengadu bahawa panel meter kereta Perodua Myvi yang dibeli pada August 2014 menyala secara automatik apabila enjin dihidupkan.

Dakwa beliau, ciri tersebut boleh membawa “maut” kerana panel meter berlampu menunjukkan lampu depan turut menyala. Tambahnya, ciri ini tidak mematuhi piawaian antarabangsa.

Emel Vaupel turut dihantar ke pihak Perodua , Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), dan syarikat-syarikat insurans. Walaupun tidak menerima maklum balas daripada pihak terbabit, emel berkenaan menjadi trending di media sosial. 

 Jom kita lihat bagaimana ciri ini dikenali sebagai ‘self-illuminating meter panel’ yang menggunakan beberapa jenis 'backlight' berbanding panel meter biasa.
Ciri ini juga terdapat di kereta jenama antarabangsa seperti Toyota dan Kia.
video menunjukkan tentang ‘self-illuminating meter panel’ di mana ia akan terus gelap tanpa ‘backlight’.panel meter menyala atau tidak bukan petunjuk rasmi lampu depan menyala atau tidak.

Ada blogger berpendapat ciri ini di anggap "biasa tetapi ia bukan satu standard",Selain itu, ada yg turut berkata bahawa lampu dalaman akan berubah bergantung kepada jika lampu depan dinyalakan atau tidak.

Sila Rujuk Video Tersebut:


p/s:bagi saya semua pendapat blogger tersebut hanya menguntungkan sebelah pihak,
sy seringkali terjumpa pemandu perodua myvi di jalanan terlupa menghidupkan lampu setelah menjelang malam,Setiap kali terjumpa sy akan horn & dammed lampu berkali2 pada pemandu tersebut.Tidakkah itu boleh mengundang bahaya pada pengguna lain??

Tiada ulasan: