18 Oktober 2018

DIY - RS150R No Plat Tanam (Custom)

Salam Negaraku Malaysia,lama betul tak buat DIY ni,dah berhabuk blog ni tanpa DIY yg terkini dari admin.jom layan DIY no plat tanam.boleh buat sendiri pada kenderaan dan jentera masing2..kena saman tanggung sendiri...jangan petik nama admin taw..kah kah kah!

Amaran dari Kerajaan Malaysia. #BeraniBuatBeraniTanggung

1: apa yg perlu korang buat masuk ke Microsoft Word dan pilih Tulis kegemaran anda untuk dicetak ke atas sticker no plat.print dan bawa ke kedai tulis jenis font dan saiz anda nak.print no tersebut jenis horizontal terbalik (bukan apa sebab ada kedai sticker ni cerewat,buat2 tak faham apa yg kita nak)


2: pergi hardware beli la papa plattransparent belia la lebih mane taw nk buat kt 2nd motor ke kereta ke..sebab harga  papan ni ikut kaki.buka sebelah sahaj sticker tu.



3:dah buka sticker tu tampal la no plat korang ke atas papan tersebut.lap bersih2 jgn ada habuk k.gambar mcm kt bawah syantikkkkk sangat.

 4:dah siap tampal tekan sikit setiap no dan huruf menggunakan kain.supaya no tersebut melekat dengan kemas.

5:buka no plat asal dan marking utk buat lubang no tersebut.pakai mata drill halus yer..dah berlubang baru pakai mata kasar. (kalau terus tembak kasar papan akan crack)



6: untuk step ni anda perlu cat menggunakan cat hitam mati (flat black) sembur sebanyak 2 layer secara layang dan rata.tunggu sehingga kering.

 


7:  cabut no tersebut menggunakan pisau tajam,kemudian sembur silver biarkan sehingga kering.


8: hasil seperti dibawah ,terbaik bukan,servis utk buat no plat ni agak mahal.jadi admin terpaksa DIY..selamat mencuba bossku.

 

(pesanan penaja : jangan seseakli cuba nasib dgn no plat tertera,jika kena 1st prize jgn lupa PM admin..kah kah kah)

Contoh :


 






5 September 2018

20 Julai 2018

DIY - Door Handle& Inner Chrome Kelisa

Assalam & Salam Sejahtera.
masih bersiaran lagi,walaupun sibuk dengan jobs satelit sekarang ni.
kali ni DIY kacuk JDM.

Door Handle Chrome+Inner Chrome+Carpet Gino = RM220
Hinge (engsel) = free
4 Pintu Kelisa MDM (completed) = RM200

1: antara hasil tangkapan selama seminggu,nak murah jgn gelojoh pelan2 kayuh,sampai bila seller nk simpan brg2 tu,pandai ayat dpt free.kah kah kah!
 
 
 
 

2: buka fender depan utk tukar engsel,sebelum ni bengkok orgrumah langgar tembok.sekali tutup pintu mcm pintu lori daaa..

3: tak sush pun nak tukar inner & doorhandle ni,cuma perlukan skill dan tools yg cukup sahaja.ambil masa dalam 2jam,completed tkr dgn cermin2 chromax .

4: Gambar Contoh bila dah tukar Door Handle Chrome. (bumper idola PLEO)
Sekian..Bye
 


26 Jun 2018

DIY - LED Daylight Exora (EncikDIY)

Selamat Hari Raya semua,masih mood openhouse..sabtu ahad nk curi2 buat DIY pon xboleh..sbb takut terbengkalai...kena betul2 free baru berani buat..
kali ini sy nk kongsikan DIY LED daylight  bagi pengguna Exora Bold versi Foglamp.
untuk model ini proton hanya bagi foglamp halogen bukan jenis LED.
oleh kerana skrg trend LED sy menukarnya atas faktor keselamatan jika memandu waktu siang.Untuk standard LED ori proton berharga RM 270 sepasang tak silap saya.sy beli di kedai EncikDIY berharga RM33.00,Hampir 3tahun sya menggunakan masih cemerlang.


 Contoh LED foglamp yg dibeli dari EncikDIY
 
 

Hasil Setelah siap DIY pada Exora saya.

Sila Rujuk DIY Foglamp saya sebelum Ini:



25 Mei 2018

19 Mac 2018

DIY - Cuci Gam Tinted Cermin


Tips sebelum nak tinted baru ,tinted lama kena buka sebab dh pudar dan koyak .bagi yang tak nak kena caj dengan kedai tinted korang boleh cuci sendiri gam tinted tu..semudah ABC..123 jer.kalau tak kedai caj rm5 1 cermin..bg yg duit tak taw nk campak mana..abaikan DIY ini..

barang yg diperlukan:
mata pisau aka cutter blades (saiz kecil)
pencuci sabun joy @ sunlight (masuk dlm botol spray)

1: caranya spray tinted lama dgn sabun.umpil tinted menggunakan mata pisau,tarik perlahan-lahan supaya gam tidak tinggal.(jgn henti terus tarik smp hbs)

2: tinted lama yg telah dicabut.

3: spray permukaan cermin pd sekeliling,ratakan air sabun menggunakan cutterdari atas ke bawah.lakukan dgn berhati2.

4: Cuci cermin menggunakan air bersih kemudian lap..tunggu sehingga kering dan anda boleh bergerak menuju ke kedai tinted...

* jimat duit korang,benda mudah jer..kalau tak nak kena sembelih dengan apek2 tu DIY la sendiri..terima kasih..

5 Februari 2018

DIY - Cuci Watermark pada Cermin

Selamat Pagi Semua,DIY ni utk bulan Feb 2018.
memandangkan kerap berlaku musim hujan  pada bulan yg lalu (jan2018),masalah kabur pada cermin pun timbul ianya sangat menganggu pemandangan ketika di jalanraya.disebabkan cermin bertompok watermark.

Bahan Diperlukan:
1: waxco rain act
2: kertas surat khabar
3: microfibre towel

1:Saya menggunakan jenama Waxco (rain act) yg boleh didapati di pasaraya.Percuma Windshield cleaner.
 

2: Siram cermin menggunakan air & tunggu sehingga kering.




3: Tuangkan rain act pada cermin dan gosok menggunakan surat khabar secara pusingan,lakukan pekara yg sama sehingga selesai.



4: Tunggu Sehingga kering & Cuci cermin menggunakan air bersih..Lihat Hasilnya.



Video - Exora Retofit Projector (HID)


Video - Exora E46 Fender Signal


18 Januari 2018

Intro - Channel Satellit & Terrestial TV


TV3 HD - MYTV

 Quran TV - Ninmedia

KidSong TV - Truevisions 

Black Diamond - Ninmedia 

 RTV - Ninmedia

11 Januari 2018

DIY - Tembak Satelit Ninmedia + Mytv

Salam Semua,inilah DIY yg ditunggu-tunggu pembaca blog ini,setelah sebulan study pasal tembak burung ini akhirnya sy berjaya menembak dan lock satelit ninmedia indonesia. dibantu oleh sifu saya (nama rahsia) kah kah kah.tercapai sudah azam saya tahun ini nk tutup a$tr0 setelah lebih 7tahun menguntungkan syarikat kroni kapitalis tersebut.

Barang yg Diperlukan:

1x piring a$tr0 65cm beyond
1x dekoder FreeSat v7 combo
1X antenna digital 5e
1x kabel RG6 20meter
1x diseq switch utk 2 piring
4x jack 
1x tenaga+skill

bil astro rm60++ setahun = rm720++
x 7tahun =rm60,480++ kau rasa???

1: model freesat v7 combo yg mempunyai 2 gungsi S2 & T2.
 

2: kedudukan piring kita agak separa mendongak berikutan satelite chinasat11 berjiran dgn measat3.
 

3: antenna terrestial T2 5e dipasang pada tiang piring.fungsi utk dapatkan channel mytv malaysia.
 
 

4: beginilah kedudukan piring dan antenna setelah dipasang + adjust.

5: masuk mode setting dlm dekoder configure channel menggunakan blind scan.
 
 
 
 
 

6: kan dah dapat channel FTA dari indonesia...siaran pergh HD beb..kenapa perlu bayar?sedangkan boleh tonton percuma...kah kah kah!!!
 
 


7: setelah 7 tahun menggunakan astolol kini sy menyimpan dekoder tersebut...ingat bukan utk diwariskan...tapi buat kenangan...selamat mencuba...nk pasang pm admin...