30 November 2021

Pengalaman - Proses Jual MPV Exora 1.6AT CFE (Turbo)


Assalam semua...lama tak berDIY...kali ini bukan saya nk kongsi pasal DIY ..tapi nk kongsi pengalaman saya jual MPV saya...lepas ni takde lagi DIY dari Exora...sebab dah jual...next kita DIY pasal SUV plak bro...tunggu....!!!!


Model : Exora CFE 1.6A/T (Turbo)
Manufacturer : Proton
Year : 2013
Spec : Standard
 
1 : first survey di mytukar...inspection dalam masa 2jam terus dapat harga.beza dgn carsome harga lebih rendah.
 

2 : second survey di carsome...inspection dalam masa 2jam terus dapat harga..beza dgn mytukar harga lebih tinggi
 

3 : millage selama7 tahun 109914 odo meter..kereta jalan weekend...hantar ank gi sekolah..pergi kerja..tanpa accident...setakat bini langgar tepi divider longkang tu ada la....
 

4 : last photoshoot sebelum kereta dirisik orang....buyer usedcar dari kuala terengganu.
pengalaman menggunakan exo ni...servis diajaga dengan rapi...och tak pernah pecah sebab minyak gred baik HDEO inside..servis setiap 6k..orang lain seminggu keluar showroom dah pecah..herannn aku..kau sesah kaw2 eh..
 


5 : siap tukar android 10inch beli shopee..wiring sendiri..android shopee rm280..puashati pakai..best....
 

6 : runner ..buyer dari terengganu datang collect exora...di putrajaya...siap buat tukar hak milik...


7 : runner ensem ni taw jaga kereta...sethentian dia akan update...bagus bro..TQ
otw lepas photoshoot..nampak plak kelibat sidia..sakit plak hati kita...kahkahkah...sembang dgn SA proton bangi utk proses kereta seterusnya...saya offer kereta testdirve nak beli..bos dia xnak jual..la....hahaha hareyy




8 : exo siap buat inspection di terengganu...berjalan dgn lancar...tanpa ada sangkut dimana2..walaupun kita taw kondisi kereta kita..tapi belum tentu ianya tepat..kadang2 ada problem side manufacturer defect ...pasal salah cetakan no enjin dan lain2..pasal ni la saya berkeras dgn buyer...rupanya disitu sy belajar sesuatu yg baru..sbb ada pengalaman sepupu kena..

buyer buat full settlement di bank ...dan saya dapatkan e-batal terus dari bank ..serta transaksi dibayar sepanjang 7tahun memiliki exora...

terima kasih berkhidmat utk saya dan keluarga...exora memang terbaik...dari segi prestasi...jimat minyak utk long distance..nk memotong overconfident beb..



sesiapa sahabat..kawan..sedara...yg terbeli exora ni...boleh jumpa ngeteh dgn saya...
rindu gak dengan janda saya ni.... lokasi di used car kuala terengganu..

boleh contact owner usedcar ni kalau berminat..

En Allauddin : 019-9836959
Daya Auto Terengganu

* info terkini : 07disember2021 exora masih ada di used car terengganu. 
(Daya Auto Sdn Bhd)

Sekian..Terima Kasih





 


 














Info - Tukar Warna Kereta? Bagaimanakah Cara Daftar JPJ?

 


Tukar Warna Kereta? Bagaimanakah Cara Daftar JPJ?

Proses pendaftaran cukup mudah dan tidak dikenakan bayaran. Apa perlu dilakukan adalah ikut langkah-langkah berikut:
Tukar warna cat kenderaan terlebih dahulu.
Selesai menukar warna cat, isi Borang K8 (foto atas kiri) dan serahkan kepada JPJ.
Pemakluman perlu dibuat dalam tempoh tujuh [7] hari selepas kenderaan ditukar warna baharu.
Jika mengecat lebih satu warna, mesti mendaftar warna paling banyak atau dominan (biasanya 60 peratus ke atas) sebagai warna utama.
Perlu kemukakan geran asal atau VOC, dan kad pengenalan bagi tujuan pengesahan pemilikan kenderaan.
Maklumat akan dikemas kini dalam sistem MySikap, iaitu portal pendaftaran untuk semua kenderaan Malaysia.
Jika menukar warna kenderaan secara wrap (dibalut dengan pelekat khas), proses sama juga perlu dibuat seperti menukar cat kereta.
PERHATIAN: Sepanjang tempoh berkurung PKP 3.0, semua urusan mendaftar warna baharu kenderaan ditangguhkan. Boleh hubungi JPJ melalui saluran rasmi jika ada persoalan mengenai serahan borang K8.

KENAPA PERLU MAKLUM, DAFTAR KEPADA JPJ?
Penting supaya jika berlaku insiden tidak diingini seperti kemalangan, jenayah atau sebagainya, warna kenderaan yang didaftarkan boleh dijadikan rujukan.
Mengikut Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemilik yang menukar warna kereta akan diberikan Notis Arah Periksa atau PG1 supaya isytihar kepada JPJ. Saman akan diberikan jika gagal patuh.
Situasi itu berlaku jika pemilik ditahan di sekatan jalan raya (SJR) dan anggota mendapati warna kereta yang didaftarkan berbeza dengan warna terkini. Di sinilah pemilik akan diberikan surat arahan untuk hadir pemeriksaan kenderaan dan isytihar perubahan warna serta menjalani proses semakan lanjut.
Jika gagal hadir, barulah pemilik disaman kerana ingkar Notis Arah Periksa, dan bukan saman tukar warna kenderaan.
Selain JPJ, polis juga boleh mengeluarkan saman jika kereta anda berbeza warna dengan rekod dalam sistem JPJ, iaitu kesalahan menukar warna cat kenderaan tanpa kebenaran.

JPJ MENYUSAHKAN ATAU MEMBANTU?
Ramai pemilik menganggap syarat wajib daftar selepas menukar warna kenderaan sebagai menyusahkan, terutama kepada peminat dan kaki kereta. Faktanya, anda sebenarnya berdepan kerugian dan  masalah besar jika hal warna kereta itu tidak didaftarkan.
Contohnya, jika kereta terlibat kemalangan dan penilai insurans mendapati warna kereta tidak sama seperti tertera dalam polisi insurans atau rekod pendaftaran, ia boleh dipertikaikan. Malah, pihak insurans boleh saja enggan membayar pampasan kerugian kerana berlaku percanggahan dan kekeliruan maklumat dan mengelirukan.
Jika berlaku, siapa yang rugi? Jangan lupa, proses hendak mendapatkan duit insurans bukan mudah atau sekelip mata. Pernah dengar orang cakap, bayar cepat, dapat lambat?
kredit-PanduLaju


Tips - 10 Risiko Jual atau Beli Kereta sambung Bayar








Nak Beli @ Jual Kereta Sambung Bayar? Nah, Ini 10 Risiko yang Bakal Anda Hadapi


RISIKO KEPADA PENJUAL
1. TERBABIT KES JENAYAH
Jika pihak ketiga menyalahgunakan kenderaan anda untuk kegiatan jenayah, pemilik kenderaan asal, iaitu anda akan menanggung segala risiko. Salah langkah boleh menyebabkan anda selaku pemilik asal, didakwa.


2. DAPAT SAMAN
Tahukah anda segala saman atau kompaun yang dikenakan terhadap kenderaan anda akan memberi kesan kepada pemilik kereta dan bukannya pihak ketiga yang membelinya?


3. PEMBELI TIDAK BAYAR ANSURAN
Anda harus ingat, kebanyakan mereka yang membeli kereta sambung bayar kebiasaannya memiliki rekod buruk seperti nama disenarai hitam, ada masalah kewangan dan sebagainya. Jadi mereka berisiko untuk tidak bayar ansuran. Akibatnya, anda terpaksa tanggung hutang. Padan muka!


4. JUAL ATAS JUAL
Tahukah anda ada sesetengah kes melibatkan jualan atas jualan? Andaikan anda jual kenderaan secara sambung bayar kepada Ali. Dua bulan kemudian, Ali jual semula kenderaan tersebut secara sambung bayar kepada Abu dengan mengaut keuntungan atas angin.


Akibatnya, anda tidak tahu siapa pemilik ketiga berkenaan. Bagaimana jika bayaran bulanan tidak dibuat kepada pihak bank? Siapa yang perlu anda tuntut?


RISIKO KEPADA PEMBELI
5. PEMILIK KENDERAAN MATI
Jika pemilik kenderaan meninggal dunia, pihak waris berhak meminta anda mengembalikan kenderaan walaupun ada perjanjian. Waris tidak peduli siapa anda.


6. TIDAK DAPAT TUKAR NAMA
Anda sudah habis langsai ansuran, apakah anda yakin nama pemilik akan bertukar? Bagaimana jika pemilik kenderaan asal mahu ambil kembali kereta dia? Mahu larikan kereta?Mahu tidak mahu anda perlu serahkan kembali kenderaan itu.


7. KERETA TIDAK BOLEH JUAL KEPADA ORANG LAIN
Selagi nama pemilik tidak bertukar, anda tidak boleh jual kereta itu kepada orang lain walaupun hutang sudah langsai. Proses pertukaran hak milik memerlukan pemeriksaan kereta di PUSPAKOM sebelum menukar nama di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Untuk proses pertukaran nama, pemilik asal perlu hadir ke JPJ. Bagaimana jika pemilik asal sudah meninggal dunia? Jawapannya, gunalah kereta itu sampai akhir hayat. Itupun jika tiada mana-mana waris datang tuntut.


8. TIADA TUNTUTAN INSURANS
Apabila berlaku kemalangan total lost, kos ganti rugi akan diberikan terus kepada pemilik kenderaan. Apakah anda yang bayar ansuran setiap bulan akan menerima pampasan itu. Jawapannya, TIDAK MUNGKIN! Penat-penat bayar setiap bulan, akhirnya satu sen pun tak dapat.


9. RISIKO DITUDUH KERETA CURI
Ada juga kemungkinan anda disyaki pencuri jika pemilik kenderaan buat laporan polis yang menyatakan kereta dia dicuri. Anda tunjukkan surat perjanjian kononnya sudah ditandatangani. Malangnya, itu bukan tandatangan sebenar pemilik asal. Dia menipu tandatangan! Akhirnya, anda dijemput ke tirai besi sambil dijamukan masak lemak cili api (kalau ada).


10. INGAT, SURAT PERJANJIAN TIDAK LAKU
Walaupun ada perjanjian antara anda dan pemilik kenderaan asal, ia tetap tidak laku. Pemilik asal memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaannya. Bila-bila masa dia boleh minta balik kenderaannya dan anda perlu serah semula.


kredit-PanduLaju