12 Julai 2017

DIY - Tukar Air Filter Aftermarket (Works Engineering)


Selamat Hari Raya semua,masih lagi dalam modd raya tapi nk berdiy,dah lama teringin nak tukar airfilter drop in ni memandangkan masih dalam warranty simpan la dulu hajat tu,dh lebih 3tahun masa berlalu exo pun tiada major problem so apalagi.."pecahdara" la..kah kah kah!

 1: buka klip airfilter box menggunakan screwdriver mata philips,,suprized...rupanya port cicak beronggeng dlm tu kan dh meninggal..
 
 
 2: setelah dikeluarkan lap menggunakan kain box tersebut,airfilter OEM tu bleh timbangkilo.anda boleh lihat kotoran yg melekat di airfilter tersebut,kalau terasa exo tu berat ,minyak kuat ni salah 1 puncanya.
 
 

3: kebetulan lalu & sambil Gmaps rumah openhouse member,nampak plak kedai ni apalagi singgah la,maxaudio ni popular menjual barang performance aftermarket.selain kakimoto dll. (siap promo lg,hrp dpt royalti) 

4: bermodalkan RM200+gst sy dapat barang tersebut secara cod,airfilter jenis drop in brand works engineering.selepas keluar dr kedai sy terus pasang,kelebihanya anda tak perlu beli setiap kali next servis hanya cuci sahaja,selain tu penggunaan minyak lebih efisyen,ada lagi ada akn mendengar bunyi boost yg sangat nyaring. (ayat meracun mmg mcmni,jgn kecam sy ye.).kah kah kah!!!
   

5:  selepas pasang,masukkan semula klip & ketakan skru tersebut..ok blehla lenjan...hati2 ye jalanraya bkn tempat berlumba..."mati sekali jer" .

Video Air Filter Drop In dari K&N 



3 Julai 2017

Info - Tips Beli Tayar & Elak Ditipu Pengusaha Kedai





Sememangnya kenderaan seperti kereta merupakan keperluan penting dalam kehidupan seharian manusia.

Jadi memang penting untuk memastikan kereta sentiasa dalam keadaan baik.

Antara komponen penting kereta sudah tentulah tayar kereta. Kita kena pastikan tayar dalam keadaan baik untuk memulakan perjalanan.

Ini merupakan perkongsian yang bagus untuk dibaca. Tentang cara membeli tayar kereta supaya tidak tertipu.

Jom baca:

Tips Tukar Tayar

Minggu lepas semasa balik dari Penang, stering mula bergegar. Suspek utama memang tayarlah puncanya. So, p lah kedai tayar area Taiping, minta dorg cek. Ya, memang betul tayar dah bengkak.

Esok nak ke Melaka pulak. Nak x nak kena tukar jugak tayar ni. So tanyalah pomen tu harga tayar. Yg second tayar korek pun RM80. Yg baharu ada yg RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175.

Tahun Bila?

Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah.

“Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni”. Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15′.

Moral Of Story?

Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar. Dorg akan keluarkan tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.

Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu.

Semoga dapat manfaat bersama.

Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Ini info yang ada di tayar kenderaan.

1. Kod Tayar Kenderaan:

Contoh 205/65/R1594V

205 = Lebar 65 = Tinggi R = Radial 15 = Saiz / Rim 94 = Had Maksimum Bebanan V = Had Maksimum Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last; S = Maksimum Had Laju 180 km/jam T = Maksimum Had Laju 190 km/jam U = Maksimum Had Laju 200 km/jam V = Maksimum Had Laju 240 km/jam Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam W = Maksimum Had Laju 270 km/jam Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam

SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatat Di Sisi Tayar.

Contoh 4 angka berkenaan ialah 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014. Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan. Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

3. Diskaun

Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016); 2015 = 20% 2014 = 40% 2013 = 60% 2012 = 80 2011 ke bawah = PERCUMA

Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar. Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.