27 Mac 2015

DIY - Exora Standard Bulb Upgrade Magnetic HID (Hi\Low)

Berjumpa lagi kita dalam sesi DIY kali ini,Ramai pengguna khususnya Exora merungut pasal Lampu depang tidak terang bila menjelang malam.Saya ambil inisiatif lain dgn memasang HID kit kerana saya rabun jauh.Jom follow DIY saya.
  
1: Mula2 sy buka bulb standard kemudian sy tarik wayar dari headlamp  kanan ke kiri,
utk memudahkan kerja sy ikat menggunakan kabel tie disebalik grill depan.
 
 2: Gambar dibawah contoh Magnetic HID bulb 4300K.
3: Ni adalah socket utk HID jenis Hi\Low termasuk Relay.
4:Sy sedang menguji bulb sebelum dipasang ke dalam socket headlamp.
(hati2 bulb ini sensitif,jgn pegang di bahagian mentol)
 
5: Ini adalah smallballast yg sy gunakan,jenis ballast sama sahaja tidak kira bulb berapa K yg anda nk pakai.
 
6: Inilah hasilnya setelah di "ON" cahaya agak putih & akan bertukar kekuningan "BRIGHT".

 7: Sy menguji "LOW BEAM" & "HIGH BEAM".ianya berfungsi dengan baik.Selamat Mencuba.


P/S : Pengalaman sy sejak menggunakan HID ni sy berasa "confident" bila memandu pada waktu malam & hujan,tambahan lg lalu jalan2 kampung.Setakat ni alhamdulillah sy belum pernah ditahan @ disaman oleh pihak berkuasa sejak 3tahun menggunakanya..Terima kasih.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hi Bro, boleh tolong bagi simple diagram untuk wiring pada exora ni, lampu senja masih berfungsi ker? Harap bro dapat perjelas kan sikit pasal wiring pada H4-3 ada 3 wire. Thanks bro.

RotorMasters berkata...

yer bro..diagram utk headlamp ke foglamp?H4 3 wire utk headlamp hilow beam..H3,H11,H7 utk foglamp single beam..

Tanpa Nama berkata...

as salam...maksud tarik wayar dari kanan ke kiri tu...socket hid tu pasang ke socket asal bulb tu atau kena buat wiring lain untuk power ke balast tu maaf kurang paham bahagian atas tu.. hehe...

RotorMasters berkata...

wsalam..wayar yg sy tarik tu ada dlm gmbar no 3..wayar tu sy mulakan dr terminal bateri kereta..tu wiring lain socket plug n play jer..wiring asal tak kacau..

Tanpa Nama berkata...

encik ada banyak h4 yang manakah paling sesuai utk exora
adakah ini h4-3 ?

RotorMasters berkata...

en tanpanama
mmg ada banyk jenis
H4 = single beam
H4 2 = low beam HID...high beam halogen
H4 3 = low beam HID...high beam HID (sama yg saya pasang diatas)
terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera boss. Hid kit ni boss beli kat mana? Boleh bagitau link tak. Terima kasih ya boss.

RotorMasters berkata...

tanpanama - wsalam tuan...sy beli di kedai accessories..di kajang..klu en nk beli online pon boleh..seller yg sy bg ni completed..

https://shopee.com.my/1-Set-Xenon-HID-Conversion-Kit-H4-55W-DC12V-Dual-Beam-Headlight-i.28077951.393249797

Package Included:
2x Ballasts
2x Bulbs
1x HID 12V Wiring Harness Controller
1x Installation Manual
4x Ribbons

Unknown berkata...

Assalamualaikum azra,sy dh byak kali kena tipu ngan cina2 mentol lampu,baru2 kena tipu lagi mentol rm150 spasang tpi x terang,klu sy org berada x apa byak kali kena tipu.