27 Mac 2015
Info - Beli Kereta & Jual Kereta
Ragam kaum cina beli kereta di Malaysia. Masa beli kereta yg pertama apek ni kumpul down payment banyak...dekat RM 15k. Oooo sebab tu baki hutang dia tak banyak...loan pun ambik 5 tahun jer. Ooo now aku faham dia pakai kereta tapi tak nak maintain... biasa lah lepas 5 tahun biasa nyer kereta akan meragam macam-macam. So dia jual semasa kereta tu dalam keadaan baik. harga trade-in kereta lama juga tinggi sebab keadaan dan faktor umur kereta. pandai sebenarnya otak diorang ni. Majoriti kaum cina di malaysia beli kereta baru dan akan tukar kereta tersebut apabila menjangkau usia 5 tahun (seperti di jepun)
kalau korang faham maksud aku...kita beli kereta mesti ikut kemampuan bayar dan kegunaan kita. memang lah ada yg tak mampu. Tapi beli kereta sampai 9-10 tahun loan. jangka hayat kereta pun tu..tak sampai pun lama tu..(keadaan baik) bayang kan korang nak bayar loan keta nak maintain barang rosak lagi....Now aku dengar kerajaan pun dah nak mansuhkan loan 9-10 tahun ni sebab tak sesuai. Yg rugi sebenar nyer pembeli...9 tahun tanggung hutang dan interest. Nak jual tak boleh sebab hutang banyak lagi....dan kalau boleh janganlah amal kan Zero downpayment. letih oo esok nak bayar...
Nak jual kereta lama (trade-in) juga kena hati-hati, pasti kan panel used car, berapa harga kereta, follow-up setiap bulan sama ada used tu bayar tak baki hutang. Sesetengah used car tak settle terus hutang kereta lama di bank, mereka akan sambung bayar installment kita. Bila dah tak bayar, pihak bank akan cari kita...sebab perjanjian sewa beli kereta lama antara kita dan bank bukan dengan used car. Ini banyak terjadi...kawan aku sendiri kena last-last dia pi beli balik keta dia kat used car tu...bagi adik dia pakai. Lagi satu jangan lah percaya dengan selesman yg declare dia boleh buat document gaji palsu untuk lepas kan loan..that all bullshit. Bukan murah depa charge u..mahal..kalau tak lepas..burn macam tu jer. Bak kata pepatah "Pakai baju ikut badan sendiri" lah beb.
P/S : Kereta adalah investment yg merugikan tak kira apa model sebab kereta susut nilai..tak sama seperti beli rumah beli 150k simpan 5 tahun dapat jual 250k.Amacam? Ada Huntung?.Pegi pasaraya UO (Untung Orang Ramai)..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan