27 Mac 2015

Info - Toyota VS Proton. Cuba Anda Perhatikan Perbezaannya

  
Di sini saya ingin kongsikan 2 kenyataan daripada orang kuat Proton dan Toyota apabila berlakunya sebarang masalah yang berkaitan dengan kereta mereka. Ada perbezaannya, anda nilaikan sendiri.

Tidak semua kereta pembuat kereta adalah “sempurna”, tetapi ada perbezaanya antara pembuat kereta di dunia samada mereka-mereka ini benar-benar bertanggungjawab atau tidak? Ada pembuat kereta, apabila timbulnya masalah walaupun sudah bertahun-tahun lamanya masih lagi buat sardin sahaja dan ada juga yang sudah bertahun-tahun lamanya masalah itu berlaku, baru sekarang sedar?




Ada juga pembuat kereta yang bertanggungjawab apabila timbulnya masalah pada model kereta mereka, sebab mereka sedar mereka tidak ada “tongkat – subsidi”, mereka tidak monopoli. Jadi mereka terpaksa bersaing secara sihat, lebih-lebih lagi jikalau timbulnya masalah.

Proton : Proton hasilkan sebuah kereta setiap 98 saat
Toyota : Toyota mampu hasilkan sebuah kereta setiap 4 saat

Proton : Jangan salahkan Proton kerana kami tiada masa nak periksa komponen Proton
Toyota : Kami minta maaf dari hujung hujung rambut hingga hujung kaki “di atas kesalahan & kesilapan kami sendiri

Proton : Pembuat kereta No 1 di Malaysia
Toyota : Pembuat kereta No 1 di Dunia

Proton : Harga?
Toyota : Harga?

Proton : Kualiti?
Toyota : Kualiti?

P/S : Kualiti lebih penting daripada kauntiti. Sekurang-kurangnya biar ditegur akibat kekurangan penghasilan kereta berbanding ditegur kerana kualiti dipertikaikan oleh pengguna, tidak sepadan duit yang telah dibelanjakan.

Tiada ulasan: