23 Oktober 2017

DIY - Restore Honda EX-5

Selamat Pagi Semua,Terima Kasih kerana setia membaca blog saya yg tak seberapa ini,pada DIY kali ini sy ingin mengetengahkan sesi DIY restore motor yang mengambil masa sebulan utk disiapkan,maklumlah keje bro,hujung minggu je baru pegang spanar,restore motor ini modal agak kasar tapi sy cuba kurangkan dan beli barang apa yg perlu sahaja..benda ni ikut pada owner. #kitabuatdiabro

Antara Barang yg Diperlukan:
spanar,kompressor,gun spray,cat,cat 2k,parts motor,tenagabatin,sedikitkemahiran,
 contoh vector dari sahabat baik saya Fqemo Design.

1: Saya menggunakan cat anchor silver biasa jer,janji clear 2k DuPont Paint, #Padubeb
 

2: Jentera asal yg belum di restore.banyak jasa,stok g masjid je ni.Nabi pesan bawaklah kenderaan yg paling mahal yg anda ada.modal kat akhirat nanti.
 

3: Proses baraikan parts ni kerja yg paling rumit,skru letak satu tempat,kalau tak nak lupa skru balik di tempat yg anda buka,Selepas di gosok dgn menggunakan kertas pasir kod 80,320,600 keringkan dan undercoat flat black sebanyak 2 layer.
 
 


4: Untuk bahagian rocker magnet & minyakhitam sy menggunakan cat pasir yg mempunyai ketahanan panas sehingga 200c.enjin panas kalau kena kaki tak panas.sy menggunakan kertas pasir kod 80,320 + paintremover.
 
 

5: Bahagian rims sy menggunakan cat gold matte,cat baki halfcut haritu sy belasah jer,janji match dgn color body.sy menggunakan gun spray cat 3 layer halus.
 
 

6: Bahagian body sy menggunaka cat silver dari Anchor dan cat permukaan sebanyak 3 layer,selepas itu sy cat clear 2k dari Du Pont Paint sebanyak 2 layer.Silver dia memancar. #taksia2akusekolahteknik
 
 

7: Inilah hasil selepas sebulan terperap dalam garaj,silver+gold honda EX-5 (highpower) restore dari sy rotormastersgarage, #sorrylapektaklehcarimakan #adaskilljalanjer #akunyamotorkauygpanas
 
 
 

* No Plat tu tanam,jangan sesekali cuba jika laluan anda banyak RB. kah kah kah!

12 Oktober 2017

Video - Selepas Tukar Minyak Hitam LC (Rimula R4X)

DIY - Tukar Minyak Hitam LC (Rimula R4X)

Pertama kali saya menukar minyak hitam Yamaha LC ni,maklumlah moto pinjam sebulan,dah lanyak ko tak reti2 lagi jaga maintenance,barula owner nak bg pinjam lagi lepas ni,,hehehe.

1:  Buka Deepstick di bahagian rocker cover.

2: Gunakan spanar saiz 19" untuk membuka nut.Letak bekas kosong untuk menampung minyak lama.




3: Setelah dibuka pastikan filter & spring dicabut,ini adalah kotoran habuk geseran yg terperangkap pada oilsum.

4: Minyak hitam berbelang silver...WoW!



5: Cuci filter & oilsum skru dengan menggunakan petrol.Tembak menggunakan air kompressor bg cepat kering.
 

6: Saya menggunakan Shell Rimula R4X yg dibeli di stesen minyak shell berhampiran,adik kaunter tu siap pesan lagi sblm scan,,bang ini minyak lori katanya,sy iyerkan ajer..abg nk tukar minyak hitam scania abg dik...hehehe...
sebelum tuang minyak baru tiup menggunakan air kompressor untuk pastikan semua minyak hitam lama keluar habis..Barulah anda tuang minyak HDEO baru ni..Sekian Terima Kasih .