25 November 2013

info - sistem ekzos (s-flow & straight-flow muffler)

Secara amnya terdapat 2 jenis muffler yang digunakan pada kereta iaituMuffler S-Flow dan Muffler Straight Flow. Tetapi jenis muffler yang digunakan pada kereta biasa yang baru adalah jenis s-flow, sebabnya muffler jenis ini sesuai untuk penggunaan harian bagi pengguna biasa. 


Pilih muffler mengikut kesesuaian anda. Apakah kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis muffler ini?

S-Flow Muffler



Kelebihan:
Senyap Kuasa kereta berada di rpm rendah dan tengah


Kekurangan:
Menghalang pergerakan angin yang lancar kerana pergerakan angin yang berpusing (bentuk "S") dalam muffler Menghasilkan back pressure yang tinggi Kurang kuasa di RPM tinggi.


Straight Flow Muffler (juga dikenali dengan Direct Flow)

Kebaikan:
Aliran angin yang lebih baik kerana angin hanya melalui muffler tanpa berpusing (Kurang back pressure) Kuasa berada di RPM tinggi Enjin yang lebih responsif dan lebih pick-up

Keburukan:
Bising berbanding S-Flow Menaikkan penggunaan minyak (fuel consumption)
Kurang kuasa di RPM rendahTetapi kelemahan Straight Flow Muffler boleh diatasi dengan menggunakan silencer.

Ada dua jenis silencer. Satu jenis yang diletakkan di tengah ekzos (tabung tengah) dan satu lagi yang dipasang pada hujung muffler (muffler tip) yang diikat menggunakan skru dan boleh dibuka pada bila-bila masa.

Silencer jenis kedua, sememangnya akan mengurangkan bunyi bising dan menambahkan kuasa pada RPM rendah tetapi anda terpaksa mengorbankan sedikit kuasa pada RPM tinggi. (Tapi tidak apa... Masa hari kerja pasang silencer... Hujung minggu masa berpoya-poya boleh buka...)

Tips Untuk Di Ingat:
Back pressure > Tekanan gas dalam ekzos - Sesuai utk high power engine.
Back pressure < Tekanan gas dalam ekzos - Sesuai utk kegunaan harian.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh terangkan pasal back pressure?

Apez San berkata...

Yg tips tu mcm ade yg xkena ja.. nape same utk kegunaan harian dan high power engine 😅😅