19 November 2013

Info - Honda bangunkan Enjin VTEC berkuasa Turbo



Honda Motor Co., Ltd. hari ini mengumumkan pembangunan enjin VTEC TURBO, enjin petrol dengan suntikan bahan api terus yang sesuai untuk kenderaan bersaiz kecil dan sederhana. VTEC TURBO merupakan tambahan terbaru teknologi Earth Dreams yang merupakan teknologi enjin generasi hadapan yang menggabungkan elemen keseronakan memandu dan penjimatan bahan api yang terbaik.

VTEC TURBO akan mempunyai 3 versi iaitu 
2.0 L, 1.5 L dand 1.0 L yang bakal dipasang pada model global generasi akan datang Honda bergantung kepada karekteristik model tersebut dan kehendak pelanggan tempatan.

Enjin petrol 2.0 L turbo 4-silinder suntikan bahan api terus

Enjin ini mempunyai unit pengecas turbo pengeluaran tinggi, teknologi suntikan bahan api terus dan sistem penyejukan berprestasi tinggi. Ini merupan enjin inovatif berprestasi tinggi yang mampu menjana pengeluaran maksimum melebihi 280 HP selain mesra alam dengan mematuhi piawaian EURO 6, standard pelepasan asap Eropah yang bakal bermula pada tahun 2014.

Enjin petrol 1.5 L turbo 4-silinder suntikan bahan api terus / Enjin petrol 1.0 L 3-silinder suntikan bahan api terus

Ini merupakan enjin kompak generasi akan datang yang menggabungkan enjin asas dengan rekaan framework terbaru, sistem VTEC yang mampu mengurangkan geseran, unit pengecas turbo dengan inertia rendah dan responsif tinggi selain teknologi suntikan bahan api terus yang mampu mencapai keseimbangan terbaik antara pengeluaran tinggi dan kilasan, melebihi enjin aspirasi natural dengan penjimatan bahan api yang unggul.

Tiada ulasan: