Tips kemalangan ringkas untuk pemandu kereta dan kenderaan lain :
+ Periksa kenderaan anda terutama minyak enjin, minyak brek, minyak power steering, cecair coolant, brake pad, dan tayar semua dalam keadaan baik.
+ Bawa cd lagu kegemaran anda dan digalakkan mendengar radio semasa dalam perjalanan.
+Pastikan pemandu dan semua penumpang memakai tali pinggang keledar terutama kanak-kanak untuk mengelakkan gangguan pergerakan mereka.
+ Amat digalakkan travel pada waktu pagi atau sebelum subuh untuk elakkan kesesakan dan badan lebih segar pada waktu sejuk
+ Jangan mengambil makanan terlalu berat sehingga menyebabkan mengantuk.
+ Berhenti setelah 2 jam memandu atau bila-bila masa anda mula mengantuk. Jangan cuba tahan mengantuk. Ambil sedikit masa rehat dan tidur sebentar.
+ Pastikan anda memandu dalam keadaan berhati hati dan mengikut undang2 jalan raya. Sikap terburu-buru dan sambil lewa menjadi punca kemalangan di musim kesesakan perayaan ini.
+ Akhir sekali, bacalah doa menaiki kenderaan dan semoga selamat sampai ke destinasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan