kereta Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif
kepada lonjakan kuasa. Kami ingin memberi panduan yang lebih tepat
mengenai perkara ini dan untuk memberi jaminan kepada pemilik Proton
bahawa penggunaan kabel bantu mula adalah selamat untuk menghidupkan
enjin selagi berpandukan langkah-langkah yang betul, seperti yang
dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton.
Berikutan dengan ini, PROTON ingin mengambil kesempatan untuk
menjelaskan bahawa prosedur yang betul untuk melakukan bantu mula kereta
adalah dengan menyambungkan terminal (+) bateri dari kereta yang
membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas. Akan tetapi,
terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan
kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas
tersebut. Apabila berasa ragu, selalulah merujuk kepada buku Panduan
Pemilik Proton.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan