Salam & Selamat Pagi.
Disini saya ingin menunjukkan bagaimana cara membaiki sensor pintu mesin basuh fully auto jenis LG.Isteri saya memberitahu mesin basuh mengalami masalah dgn pantas saya terus cek apa yang berlaku.
1: saya dapati ada error yg keluar pada display panel.DE error .
2: saya terus goolge web LG untuk mengetahui apa yg berlaku,cara mengatasi masalah tersebut, DE bermakna "door error" mungkin disebabkan oleh pintu tidak rapat @ sensor ada problem.
3: peralatan yang gunakan
1:gunting
2:sticker aluminium ( mrdiy rm8 segulung)
3:magnet (magnet freeze,magnet hard disk).
4: periksa bahagian kedudukan magnet tersebut,magnet telah hilang.
5: letakkan magnet yang baharu pada kedudukan yg betul,magnet mestilah bertemu dgn panel board sebab sensor akan detect magnet tersebut.
6: gunakan pelekat aluminium untuk melekatkan magnet tersebut,saya gunakan sticker tersebut supaya tidak mudah tercabut bila terkena air. (terpulang pada anda nk pakai pelekat lain)
DIY ini telah berjaya menyelamatkan duit poket saya sebanyak RM100-120.
sila share ilmu ini pada orang lain.terima kasih.
* sila tonton video DIY saya.
LIKE FB Kami :
https://www.facebook.com/adaskilljalanjer/
7 ulasan:
Tip yg terbaik bro.....keep on blogging .
simpan tips ni bro..TQ 4 support..
Assalam, jika magnet dh diganti tetapi masih de lg kenapa ya
Bos...pastikan magnet tu jenis kuat (neodymium saiz 20mmX10mm)
Assalamualaikum. Nk tgk magnet tu kt mana ye nk beli.. Mr DIY ade jual x
bypass je lid sensor tu..settle
Cmne nk bypass?
Catat Ulasan