23 November 2016

DIY - Pasang LED T5 (Dashboard Exora)

Salam semua,saya dh order LED T5 ni online,bila barang dh sampai baru plan nk DIY.
sebab LED T5 ni susah nk dapat,kalau harga di spare parts boleh tahan mahal,beli online murah cuma lewat sikit sampai..janji murah..berkualiti..

1: LED  T5 saya dh sampai,saya beli  online dengan harga RM19.00 50pcs. (untunglaaaaakan)
 

2: Mula2 sy buka console gear pada dashbord exora menggunakan screwdriver mata philips. ada 4 screw jer..

3: Tanggalkan clip pada console gear hati2...slow n steady jer...gelojoh patah nanti  yeop..


4: Cabut panel indicator gear tu..clip jer..dalam tu terdapat mentol T5 iaitu mentol asal OEM.

5: Saya cuba on kan lampu tersebut..mentol tu akan ditukar pada LED T5.



6: Mentol oren telah ditukar ke LED T5..bila on lampu memantul cahaya LED T5 pd indicator gear tu...fuhhh..ok  apalagi pasang la balik cover2 tu...okbye!

DIY - Exora custom Ford Fiesta A/C Knob

salam jumpa lagi kita,mane lagi,dalam sesi DIY kali ini la..
kali ni sy nk tunjukkan macam mane nk custom ford fiesta A/C knob pada console exora.
maklumlah dh nk dekat habis warranty ni mcm2 hal plak ..knob patah la,jem xbleh pusing la.....semua minta duit tu..

1:saya beli secara online dengan harga RM27.00

2:A/C knob ori dari proton..trip dh pecah.

3:buka frame tengah exora ni dgn menggunakan testpen..(boleh refer DIY saya sblm ni)
abaikan SinarFM tu penaja rasmi sesi DIY kali ni..

4:setelah siap pasang serta sedikit modifikasi pada a/c knob ford ini..br ngam2 bleh masuk..
baru la nampak ala2 conti skit..

 
 5:setelah siap pemasangan,sy mengujinya..memang tak dinafikan aircond proton memang sejuk berbanding jenama2 lain...(bukan sebab a/c knob ford tu tp itulah hakikatnya)
nk info sila komen..

16 November 2016

Info - Kipas Radiator Automatik Exora

Tahukah anda kipas radiator akan berfungsi secara automatik selepas enjin anda dimatikan,Keadaan ini "normal" bagi kenderaan jenis Proton Exora,Suprima & Preve.Kipas radiator berrfungsi disebabkan suhu enjin turbo terlalu panas & perlu disejukkan,kipas akan berhenti setelah suhu enjin dalam keadaan normal.



(anda tidak perlu bimbang,ianya automatik bukan ada toyol ataupun gangguan makhluk halus...kah kah kah!)

Info - Lampu Cek ABS Exora

Tahukah anda setiap kali hendak menghidupkan Kunci Exora lampu ABS akan menyala beberapa saat.ini menunjukkan sistem ABS dalam keadaan bersedia.



(sekiranya lampu ABS menyala sewaktu kenderaan anda bergerak,ini menunjukkan ABS anda tidak berfungsi.anda perlu mendapatkan khimat nasihat dari bengkel berdekatan)

11 Oktober 2016

Info - Kenali Sistem Ekzos Anda


 Di sini nak kongsikan sedikit ilmu maklumat yang aku tahu tentang ekzos di sini..
Kereta secara asasnya terdiri daripada beberapa sistem utama, iaitu:
  • Sistem bahan api
  • Sistem ekzos
  • Sistem pelinciran
  • Sistem penyalaan
  • Sistem transmisi
  • Sistem elektrik
  • Sistem penyejukan
  • Sistem kemasukan udara
  • Sistem kerangka dan suspensi
Semua sistem ini berkerjasama tetapi diselanggarakan secara berbeza. Maksudnya, kalau salah satu sistem mengalami masalah, hanya sistem tersebut yang akan diselanggarakan.

Fokus kita di sini ialah Sistem Ekzos yang berfungsi bagi menyingkirkan gas-gas ekzos hasil pembakaran bahan api daripada enjin. Sistem ini bermula daripada cylinder head ke ekstraktor (exhaust manifold) ke catalytic converter dan ke muffler.
Menurut maklumat yang ada, penukaran sistem ekzos dengan pengiraan yang betul mampu untuk meningkatkan kuasa kuda (horsepower) kereta. Secara ringkasnya, panjang ekzos adalah berkadar songsang dgn RPM. Ekzos yang panjang bagus untuk RPM rendah, manakala ekzos pendek bagus untuk RPM tinggi.

Untuk mana-mana sistem ekzos, pasti wujud back pressure iaitu suatu keadaan dimana tekanan udara diluar ekzos lebih tinggi daripada tekanan gas dalam ekzos.

Tekanan gas dalam ekzos boleh dikawal menggunakan ekstraktor (exhaust manifold) yang sesuai. Contohnya:
  • Ekstraktor 4-1 - Laluan gas ekzos dari 4 manifold terus keluar ke ekzos. Pada RPM rendah, macam tiada power sebab tekanan gas dalam ekzos tidak tinggi (Gas agak sukar untuk keluar), tapi pada RPM tinggi, memang power sebab tekanan gas dalam ekzos lebih besar dari back pressure dan gas ekzos keluar tanpa ada halangan.


  • Ekstraktor 4-2-1 - Laluan gas ekzos yang keluar dari 4 manifold, dikumpul masuk ke dalam 2 tabung kecil yang bertujuan untuk meningkatkan tekanan gas dalam ekzos yang keluar sebelum ditumpukan keluar ke muffler. Pada RPM rendah, tekanan gas dalam ekzos sememangnya lebih tinggi dari back pressure membuatkan kereta lebih power pada takat RPM tesebut. Tapi, semakin RPM meningkat, tiada peningkatan dalam kuasa (mendatar) kerana banyak gas terkumpul dan laluan gas ekzos terhalang.
Tapi masih ada penyelesaiannya: Pilih muffler yang sesuai sebab muffler standard yang pada kereta standard biasanya terpaksa mematuhi beberapa peraturan dan terikat kepada kos pembuatan kereta tersebut.

Macam mana nak pilih muffler yang sesuai untuk kereta anda?

Muffler adalah satu alat yang digunakan untuk mengurangkan bunyi ekzos kereta. Ia biasanya diletakkan pada bahagian hujung paip ekzos di belakang kereta.
Secara amnya terdapat 2 jenis muffler yang digunakan pada kereta iaitu Muffler S-Flow dan Muffler Straight Flow. Tetapi jenis muffler yang digunakan pada kereta biasa yang baru adalah jenis s-flow, sebabnya muffler jenis ini sesuai untuk penggunaan harian bagi pengguna biasa.

Pilih muffler mengikut kesesuaian anda. Apakah kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis muffler ini?

 
Jenis S-Flow

  
                                                                       Kelebihan:


  • Senyap
  • Kuasa kereta berada di rpm rendah dan tengah
Kekurangan:
  • Menghalang pergerakan angin yang lancar kerana pergerakan angin yang berpusing (bentuk "S") dalam muffler
  • Menghasilkan back pressure yang tinggi
  • Kurang kuasa di RPM tinggi
 Jenis Straight Flow
Kebaikan:


  • Aliran angin yang lebih baik kerana angin hanya melalui muffler tanpa berpusing (Kurang back pressure)
  • Kuasa berada di RPM tinggi
  • Enjin yang lebih responsif dan lebih pick-up


Keburukan:
  • Bising berbanding S-Flow
  • Menaikkan penggunaan minyak (fuel consumption)
  • Kurang kuasa di RPM rendah
Tetapi kelemahan Straight Flow Muffler boleh diatasi dengan menggunakan silencer.
Ada dua jenis silencer. Satu jenis yang diletakkan di tengah ekzos (tabung tengah) dan satu lagi yang dipasang pada hujung muffler (muffler tip) yang diikat menggunakan skru dan boleh dibuka pada bila-bila masa.
Silencer jenis kedua, sememangnya akan mengurangkan bunyi bising dan menambahkan kuasa pada RPM rendah tetapi anda terpaksa mengorbankan sedikit kuasa pada RPM tinggi.






20 September 2016

DIY - Tanggal Tinted RearLamp & Polish


Owner minta tanggalkan tinted di lampu belakang sebab dh sunburn & crack .
saya gunakan WD-40 utk tanggalkan sticker yg dh crack. biarkan selama 5minit dan gunakan hot gun utk panaskan sticker tersebut,tarik perlahan2..kemudian cuci dgn sabun keringkan & polish..selesai

29 Jun 2016

Info - Apa itu BCM serta Fungsinya





BCM? Body Control Module


Mari kita lihat satu persatu apa yang ada dalam BCM Exora:

1. Immobilizer System – Kunci transmitter yang sah sahaja dapat menghidupkan enjin Exora. Terdapat alat penerima (receiver) khas di dalam silinder kunci kenderaan. (Ciri ini juga terdapat dalam model-model lain.)

2. Transmitter Battery Indicator – Penunjuk aras bateri transmitter terdapat pada panel meter untuk kemudahan pemandu mengetahui kadar kekuatan bateri transmitter.

3. Vehicle Search – Tekan butang “Lock” sebanyak 2 kali, dan semua lampu signal akan berkelip 3 kali beserta bunyi “Beep” akan kedengaran untuk membantu mengesan lokasi kenderaan anda. (Sesuai untuk mereka yang selalu lupa mana parking kereta, pastu kecoh kata kete hilang)

4. Driver Door Unlock – Untuk membuka kunci pintu pemandu dahulu diikuti pintu-pintu yang lain. (Mungkin sesuai untuk mereka yang ada anak-anak kecik kot)

5. Actuator Heat Protection – Punat pintu akan terhalang secara automatik selepas suis kunci dibuka/tutup sebanyak 30 kali secara berterusan. Ia akan kembali normal selepas 20 saat. (Sistem anti-pencuri, macam kita salah key in password kt windows log on screen)

6. Vehicle Door Ajar Reminder – Untuk pintu upemandu & penumpang yang tidak ditutp dengan sempurna, ‘Door Actuator’ akan terbuka semula apabila transmitter digunakan untuk mengunci tanpa bunyi amaran “Beep”. Untuk pintu belakang (bonet) & hood enjin yang tidak ditutp dengan sempurna pada masa transmitter di tekan (lock), akan kedengaran bunyi “Beep” sebanyak 5 kali dan kenderaan akan dikunci semula secara automatik selepas 10 saat.

7. Alarm History – Simbol pintu renggang (Door Ajar Indicator) akan berkelip-kelip pada panel meter untuk menunjukkan bahawa terdapat cubaan pencerobohan pada pintu-pintu, bonet & hood.

8. Courtesy Room Lamp – Lampu enjin akan menyala selama 30 saat selepas enjin dimatikan. (Ni stendet dah skang)

9. Room Lamp Auto Dimming – Keterangan lampu dalaman kereta akan bertambah atau berkurangan secara automatik berdasarkan kecerahan kawasan.

10. Battery Saver – Kesemua lampu kabin yang dibiarkan menyala untuk tempoh yang lama akan terpadam secara automatik selepas beroperasi lebih dari 20 minit.

11. Follow Home Lamp – Lampu hadapan kereta akan menyala selama 30 saat untuk membantu pemandu membuka kunci rumah dalam kegelapan pada waktu malam. Suis lampu perlulah dihidupkan kemudian dimatikan serta merta slps enjin dimatikan.

12. Intermittent Wiper – Kelajuan selaan motor wiper dapat diprogram dari 2 – 25 saat. (Default: 4.5 saat)

13. Drip Wiping – Secara Automatik akan mengelap lelehan air yang berlebihan sebanyak sekali dalam masa 5 saat sekiranya pencuci cermin digunakan.

14. Auto Rear Wiper – Wiper cermin belakang akan berfungsi secara automatik apabila gear undur diaktifkan. (Aku tak pasti samada air pembersih cermin akan keluar sekali ke tak, sebab mengaktifkan wiper pada cermin yg panas & kering akan merosakkan wiper)

15. Speed Sensitive Wiper Operation – Kelajuan wiper akan berkurangan secara langsung apabila kelajuan kenderaan juga berkurang atau berhenti pada lampu isyarat. Ini membantu memanjangkan jangka hayat wiper.

16. Hazard Deceleration – Lampu kecemasan akan menyala sekiranya terdapat aktiviti brek mengejut atau kecemasan apabila kenderaan bergerak lebih dari 96km/h.
 

17. Lane Changing Assist – Dengan hanya sekali sentuhan ringan pada suis signal, lampu signal akan menyala sebanyak 3 kali.

18. Crash Unlock – Sekiranya berlaku kemalangan sehingga menyebabkan beg udara diaktifkan, kesemua kunci pintu akan terbuka & lampu kecemasan akan diaktifan secara automatik.

19. Speed Auto Lock – Pintu akan terkunci secara automatik sekiranya kenderaan bergerak pada kelajuan 20km/h. Bunyi “Beep” akan kedengaran sekiranya pintu tidak ditutup dengan rapat pada kelajuan 7km/h.

20. Auto Door Unlock – Semua kunci pintu hanya akan terbuka apabila kunci ditarik keluar daripada silinder kunci. Kesemua pintu tidak boleh dikunci sekiranya pintu hadapan tidak ditutup sepenuhnya.

14 Jun 2016

Info - Panduan Bantu Mula "Jump Start" Kereta Proton.


kereta Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa. Kami ingin memberi panduan yang lebih tepat mengenai perkara ini dan untuk memberi jaminan kepada pemilik Proton bahawa penggunaan kabel bantu mula adalah selamat untuk menghidupkan enjin selagi berpandukan langkah-langkah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton.


Berikutan dengan ini, PROTON ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa prosedur yang betul untuk melakukan bantu mula kereta adalah dengan menyambungkan terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut. Apabila berasa ragu, selalulah merujuk kepada buku Panduan Pemilik Proton.

9 Jun 2016

DIY - Servis Karburator Honda EX-5


Salam Semua,DIY ini sy selalu lakukan 3 bulan sekali masa bujang dulu,zaman2 pakai motor Y110 SSII (racing spirit) limited tu .sekarang ni dh pencen simpan je motor tu buat tukun.saya buat servis ni sebab motor sy semput dan tak boleh bla..full throttle pun mintak nyawa motor tu..kena plak awek naik LC potong siap pandang lg mane nk letak muka beb..kah kah kah.

Perkakasan :
spanar T 8mm
screwdriver mata rata
screwdriver mata philips
playar muncung tirus
berus cat
petrol
air kompressor

1: buka skru 8mm karburator menggunakan T 8mm.
 

2: tanggalkan karburator & buka bahagian atas arah lawan jam.
 

3: tuang minyak yg ada dlm karburator dlm bekas & buka skru  menggunakan screwdriver mata philips.
 

4: tolak pin & tanggalkan pelampung "pilotjet" .
 

5: buka skru "mainjet" & cuci bahagian tersebut menggunakan berus cat & petrol.
dah habis cuci pasang semula.
 
 
 

6: buka bahagian filter karburator utk dicuci kotoran yg ada luar & dalam.
sembur semua bahagian menggunakan air kompressor kemudian pasang semula.
kebiasaanya selepas di servis karburator perlu di setting timing semula yg tu kena ada skill.klu x jgn sesekali usik bahagian timing & angin tu..sekian.terima kasih.
 
 

11 Mei 2016

DIY - Servis Cooling Coil + Blower (Kelisa)

Sejak musim "el-nino" melanda ni sy rasa aircond kete mcm takde fungsi jer..panas baii klu aircond kereta jenama kebanggan malaysia terbaik,cemerlang mengalahkan jenama gah seperti honda,toyota,vw & lain2.jom kita ikuti cara2 nk buka & pasang cooling coil ni.

Peralatan :
Testpen,Screwdriver,airkompressor,chemical,gun chemical,spanar 10,spanar 17,spanar 19.

1: buka punat pada dashboard box tu.skru letak 1 bekas.


2: buka klip pada kabel tersebut.buka skru kotak cooling coil bersaiz 10cm.

3: pastikan radiao+meter dibuka bg memudahkan kerja2 anda.

4: getah pada hose piping cooling coil ini perlu dibuka gas aircond akan keluar serta merta & alihkan piping ke bawah.(hati2 bahagian ini)


5: pastikan getah ni xde crack @ terkoyak..klu x asap,air akan masuk melalui lubang crack tu..utk memudahkan pemasagan letak minyak keliling getah tu.
 

6: kotak tu dh dikeluarkan buka semua skru tersebut beserta klip.
 
 


7: inilah rupa cooling coil yg xpernah di servis selama 3tahun,buka & kendalikan dgn cermat sbb cooling coil ni sensitif..takut bocor lain jdnya.patutla sy rasa azab duduk dlm kete tengahari..hahaha
 
 

8: sy mencuci dgn chemical & sabun menggunakan gun,span.utk blower sy hanya gunakan airgun utk sembur habuk blower..


9: ini cooling coil sebelum & selepas dicuci dgn chemical.

10: selesai pasang semua parts sy pergi kedai aircond isi gas & minyak .kerugian RM80.apek kedai tu byk tnya kenapa gas bleh hbs bla2 layankan jer..nikmatnya aircond sejuk sehingga keras tas bawah..kah kah kah!
sekian.