25 Ogos 2014

DIY - Tinted Lampu Belakang Exora


Salam,Jumpa lagi kita,DIY ni dah lama saya simpan,tak sempat nak publish sebab kekangan masa.
saya nk tunjukkan bagaimana nk tinted sebiji lampu ,maklumlah nk save bajet kena buat sendiri,tp memerlukan kemahiran n kesabaran yg tinggi.
saya beli tinted di kedai aksesori kereta berhampiran,harga dalam RM15-20.

 Tools Diperlukan:
hot gun @ hair dryer
kain kapas @ lampin bayi

1:Tanggalkan tinted lama & cuci gam menggunakan WD-40,
kemudian basuh dengan menggunakan sabun.
 
 2:setelah itu lap & keringkan utk beberapa minit.
 

 3:Tampalkan sticker tinted ke seluruh lampu & 
ratakan menggunakan hair dryer @ hot gun.

4:setelah siap tinted.selamat mencuba.
 

Proton Baharu menggunakan kod PCC





Ketua Pegawai Teknikal Proton, Abdul Rashid Musa, melalui kenyataannya yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian hari ini mengesahkan Proton akan melancarkan model kompak pertamanya yang menggunakan kod nama PCC dalam masa terdekat ini.
Berada di dalam segmen B, PCC atau Proton Compact Car ini diproduksi dengan dua penekanan utama iaitu aspek keselamatan terbaik dan bahan api yang efisien serta ditawarkan pada harga mampu milik. 


Dibangunkan menerusi platform terkini Proton, model ini tampil dengan dua enjin terbaharu VVT iaitu 1.3 liter dan 1.6 liter yang dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api sebanyak 10 peratus berbanding dengan enjin Campro. Malah enjin VVT ini juga bakal digunakan untuk model baharu Proton yang akan datang bagi menggantikan Campro. 



Enjin PCC ini juga dikatakan mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 110hp dan tork 148Nm dan berupaya mencecah kelajuan maksimum sehingga 180km/j.
Ia juga bakal didatangkan dengan tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium serta menampilkan dua pilihan transmisi iaitu manual dan automatik.
Bukan itu sahaja, PCC juga menggunakan injap, blok dan omboh baharu, pertama kali seumpamanya bagi model Proton. Secara tidak langsung menggambarkan ia sebagai model terbaik Proton buat setakat ini. 

Model ini juga turut dilengkapi dengan enam beg udara, ABS, EPS dan Hill Hold Asist, malah ia juga menerima pengiktirafan lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) dan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).




Rashid juga menegaskan model ini bukanlah sebagai pengganti pada model Savvy yang telah ditamatkan pengeluarannya. Sebaliknya PCC merupakan model serba baharu di dalam keluarga Proton.

Bakal ditawarkan dalam tujuh pilihan warna, harga dan spesifikasi lengkap model ini akan diumumkan pada hari pelancarannya kelak. Malah nama yang kedengaran bakal dipilih sama ada Iriz atau Airiz juga akan disahkan pada hari pelancarannya.

20 Ogos 2014

Info - Parts Exora CFE

Disini saya kongsi sedikit info alat ganti exora CFE : 

Jenis Parts / Part No / Gambar / Harga


 









8 Ogos 2014

Info - Kenali Minyak Hitam Tulen & Palsu (Castrol)

Salam 1 Malaysia,Saya nk kongsi info pasal minyak hitam tulen & palsu,ramai yg terkena disebabkan kurang pendedahan pasal penipuan ini.biasanya bengkel alat ganti,bengkel tayar,bengkel kenderaan akan menjual minyak hitam jenis ini..disini saya sertakan perbezaan yg tulen & yg palsu.

 1: Perhatikan penutup tong minyak hitam Tulen (kiri) & Palsu (kanan),penutup tulen agak kasar sedikit berbanding penutup palsu.
  
2: Sticker hologram Palsu (kiri) & Tulen (kanan),hologram palsu nampak pecah dari segi warna nya.

3:  Sticker pelekat rujukan servis Palsu (kiri) & Tulen (kanan),ianya mudah terkoyak bila anda cuba tanggalkan dari tong tersebut.

4: Sticker tong minyak hitam Palsu, perhatikan tulisan agak kecil & kurang jelas.

5:  Sticker tong minyak hitam Tulen,tulisan besar & jelas.

Semoga ilmu ini dipanjangkan ke kawan-kawan anda..supaya tidak tertipu dengan sindiket ini.harap pihak KPPDNK dapat mengatasi masalah ini.

sumber gambar-wanzordaq (bangi lama)