27 Mac 2014

Info - Panduan Sebelum Menerima Kereta Baharu


Kalau2 ade yang sanggup meluangkan masa untuk perikasa kereta, mungkin boleh langkah2 berikut bleh jadi panduan.

Semasa menerima kereta baru, lakukan beberapa perkara seperti di bawah,
1. Periksa nombor casis dan nombor enjin dan pastikan ianya seperti yang
tercatat di dalam geran kereta.

2. Periksa semua bendalir dan cecair yang boleh di periksa seperti,
minyak brek, minyak enjin, minyak power steering, air dalam radiator,
air dalam pencuci cermin, minyak gearbox

3. Hidupkan enjin tanpa menghidupkan aircon, biar beberapa ketika
sehingga kipas radiator berpusing, kemudian perhatikan suhu enjin, suhu
enjin pada masa kipas radiator berpusing sepatutnya pada keadaaan
separuh atau lebih sedikit dari separuh. Jika melebihi separuh dan
hampir mencecah garis merah, jangan terima kereta tersebut, buat
komplain dan minta jurujual tersebut lakukan pemeriksaan di pusat servis
ke atas kereta. Perkara ini penting untuk masa depan kerana julat
tolerance suhu enjin kereta yang berkeadaan begini adalah sangat rapat
atau pendek dan risiko kereta terkena overheating adalah tinggi.

4. Setelah kipas radiator berpusing ligat, perhatikan suhu enjin, suhu
enjin sepatutnya turun sehingga ke tahap normal bagi jenis enjin
tersebut. Jika suhu enjin tak turun, maksudnya kipas tak berpusing ligat
atau sistem penyejukkan tidak berfungsi dengan sempurna. Reject kereta
tu, minta jurujual hantar untuk pemeriksaan di pusat servis.

5. Jika semuanya ok, baru on kan aircon, perhatikan kipas kondenser
aircon akan berpusing (kipas yang lebih kecil saiznya). Pada masa ini
perhatikan botol penapis gas yang berwarna silver di mana ada satu
tingkap kecil di atasnya. Perhatikan tiada buih yang bergerak di dalam
tingkap itu, Jika ada buih, reject kereta ini, minta jurujual hantar ke
pusat servis dan masukkan gas aircon secukupnya.

6. Selepas seminit, aircon sepatutnya sudah sejuk, cuba "bermain-main
dengan thermostat dan suiz kelajuan aircon" pastikan ianya berfungsi.
Off kan aircon kemudian biarkan sehingga kipas radiator berhenti,
biarkan untuk seketika sehingga kipas radiator berpusing kembali.
Kemudian on kan kembali aircon. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehingga 3
kali.

7. Setelah ok, minta jurujual tekan enjin sehingga rpm naik ke 2000
kemudian letak sekeping kerta putih di ekzos, minta jurujual tekan
sehingga 3000 rpm, perhatikan kertas putih tersebut, jika kesan
berminyak, reject kereta tersebut, piston ring ada masalah, ada berlaku
kebocoran. Jika anda mempunyai kawan mekanik yang mempunyai meter
memeriksa tekanan dalam kebuk selinder, minta kawan anda tersebut
memeriksanya. Biar enjin melahu untuk beberapa ketika, dan sepatutnya
terdapat beberapa titisan air mengalir dari ekzos yang menunjukkan
timing enjin berada pada tahap terbaik dan optimum. Timing atau kadar
rpm pada masa melahu mungkin agak tinggi sedikit bagi kereta baru kerana
untuk mempercepatkan kadar "piston masak". Biasanya selepas servis
pertama, pusat servis akan melaraskan kembali rpm tersebut.

8. Masuk dalam kereta dan cuba semua peralatan di dalam kereta dan di
luar kereta, terutama lampu besar hadapan. Aligment bumper, pintu, bonet
dan sebagainya.

9. Periksa semua aksesori yang sepatutnya dibekalkan bersama dengan
kereta seperti yang tercatat dalam sebutharga kereta dan minta jurujual
mengajar anda cara menggunakan semua peralatan di dalam kereta. Minta
juga jurujual menunjukkan kedudukan tayar simpana, jek kereta dan spana
buka tayar kereta.

10. Kemudian bersama jurujual, pandu kereta. Sebelum itu, tarik
brektangan dan tekan minyak dalam gear satu, jika kereta boleh bergerak,
minta jurujual hantar ke pusat servis untuk adjust.

11. Pandu perlahan kemudian tekan brek secara perlahan-lahan, kemudian
pandu lagi dan tekan brek seperti waktu kecemasan. Pastikan kereta tidak
membuang ke kiri atau ke kanan. Jika membuang, minta buat aligment
semula.

12. Pandu kereta di lebuh raya terbuka, perhatikan kedudukan rpm dan
kelajuan juga kedudukan gear, rujuk buku panduan, jika berlainan,
maksudnya ada masalah pada sistem klutch. Di lebuhraya atau jalan
terbuka, cuba lepas steering seketika, dan perhatikan arah kereta
bergerak, jika tidak lurus, periksa tekanan tayar, jika masih tak lurus,
minta buat aligment semula.

13. Steering sepatutnya tidak terlalu berat dan ringan pada tekana
aingin tayar 180 - 200 psi. Jika steering di rasakan terlalu berat,
minta buat steering adjustment semula.

14. Kemudian bila sampai ke kedai dealer, ulangi step 4, 5 dan 6.

15. Perhatikan kesemua peralatan di ruang enjin, semasa enjin hidup.

16. Selepas itu anda mungkin di minta menanda tangani beberapa dokumen,
selepas itu cuba hidupkan enjin dengan cuma sekali krek tanpa menekan
minyak. Jika perlukan 2 atau 3 kali krek, reject kereta tersebut. Nampak
nya di masa hadapan akan ada masalah pada enjin kereta anda.

17. Jika semuanya ok, boleh dikatakan ada menerima kereta yang baik dan
sempurna keadaannya.


sumber-autoblog

Tiada ulasan: