4 Februari 2014

Info - Kenaikan Tarif Insurans Kenderaan 2014





KENAIKAN TARIF KADAR INSURANS KENDERAAN DI MALAYSIA SEBANYAK 15% (PERATUS) BERMULA 15 FEBRUARI 2014

Khabar angin atau berita kenaikan kadar tarif insurans bagi kesemua jenis kenderaan di Malaysia sebenarnya telah lama didengari sejak tahun 2011 lagi. Kenaikan secara berperingkat ini menglibatkan semua syarikat insurans dalam pelbagai jenis (class) kenderaan termasuk, motor, bas, kereta, texi, dan lori.

Jenis kenaikan atau kadar yang dikenakan adalah berbeza mengikut risiko kemalangan dan keadaan kenderaan semasa. Kenaikan telah mula direkodkan sejak Februari 2012 namun kenaikan sebanyak 15 peratus (%) pula khabarnya akan dikenakan kepada pengguna bermula dari 15 Februari 2014 nanti.

Kenaikan bermula dari 2012 dan ini tahun ketiga (3) kenaikan ini berlaku. Berdasarkan kenyataan rasmi, kenaikan ini berpunca dari kadar kemalangan yang meningkat mendadak di Malaysia selain kos perubatan dan kadar kerosakkan yang tinggi. Jenis-jenin ini termasuklah kos rawatan hospital, kos alat ganti kenderaan dan kos pembaiki kerosakkan.

Sumber : KADAR INSURANS KENDERAAN NAIK 15% MULAI FEBRUARI 2014


SURAT PEKELILING:

Tiada ulasan: