27 Februari 2014

Info - Logo ABS & Handbrake Menyala

Salam,admin nk share sikit pasal Exora CFE .
sejak semalam logo ABS & Handbrake asyik menyala..
sulotion lepas kena Off Engine & Start Engine..lepas 1km logo menyala semula..kerosakan yg dikenalpasti ialah : 
Kerosakan Sensor ABS @ Sensor ABS kotor..

logo menunjukkan ABS & Handbarke menyala (seatbelt abaikan).

 logo Handbrake menyala setelah Handbrake dilepaskan.

DiscBrake agak berhabuk sedikit.

Appontment dgn SC-Puchong IOI.
tunggu feedback dari Proton.ada parts terus tukar takde parts tunggu seminggu.aptb..

11 Februari 2014

Info - Fungsi Grounding Cable




Fungsi grounding cable(bkn cable grounding dari aksesori)ialah menstabilkan voltage pada semua alat elektronik termasuk ECU dan spark plug.Sekarang ni grounding hanya bergantung pada satu cable yang digunakan pada negatif bateri.

Hanya satu cable yg membawa semua arus patah balik semula dari segala alat yg dignakan pada kereta.Bilaon air cond biasanya kereta akan berat dan lampu akan malap kerana voltage akan drop kerana bergantung pada 1 cable yg di tapping pada body kereta,so spark plug akan berkurangan api apabila aircond atau lampudigunakan,secara tidak langsung penggunaan minyak akan kuat kerana pembakaran akan berkurangan di slinder.

Selepas menggunakan cable ini,semua alatan elektrik akan berjalan lancar pada prestasi sebenar kerana mendapat voltage yg cukup dan stabil walaupun semua alatatan dlm kereta dihidupkan termasuk api di spark plug tidak akan berkurangan.secara tidak langsung pngunaan minyak tidak akan lebih apabila aircond dihidupkan sedangkan aircond bukan menggunakan minyak pun,mengapa penggunaan minyak akan kuat apabila dihidupkan aircond,inilah sebabnya.lampujuga akan makin terang selepas menggunakan cable ini.

pemasangan 5 point grounding cables.

1) Bateri ke enjin head.
2)
Bateri ke enjin bay body.
3)
Bateri ke Alternator.
4)
Bateri ke eThrottle body.
5)
Bateri ke Gearbox.


Contoh : Grounding Cables yg dipasang pada Waja CPS.

4 Februari 2014

Info - Kenaikan Tarif Insurans Kenderaan 2014





KENAIKAN TARIF KADAR INSURANS KENDERAAN DI MALAYSIA SEBANYAK 15% (PERATUS) BERMULA 15 FEBRUARI 2014

Khabar angin atau berita kenaikan kadar tarif insurans bagi kesemua jenis kenderaan di Malaysia sebenarnya telah lama didengari sejak tahun 2011 lagi. Kenaikan secara berperingkat ini menglibatkan semua syarikat insurans dalam pelbagai jenis (class) kenderaan termasuk, motor, bas, kereta, texi, dan lori.

Jenis kenaikan atau kadar yang dikenakan adalah berbeza mengikut risiko kemalangan dan keadaan kenderaan semasa. Kenaikan telah mula direkodkan sejak Februari 2012 namun kenaikan sebanyak 15 peratus (%) pula khabarnya akan dikenakan kepada pengguna bermula dari 15 Februari 2014 nanti.

Kenaikan bermula dari 2012 dan ini tahun ketiga (3) kenaikan ini berlaku. Berdasarkan kenyataan rasmi, kenaikan ini berpunca dari kadar kemalangan yang meningkat mendadak di Malaysia selain kos perubatan dan kadar kerosakkan yang tinggi. Jenis-jenin ini termasuklah kos rawatan hospital, kos alat ganti kenderaan dan kos pembaiki kerosakkan.

Sumber : KADAR INSURANS KENDERAAN NAIK 15% MULAI FEBRUARI 2014


SURAT PEKELILING: