24 Januari 2014

Proton Perdana Limo (customade)

Sejak kerajaan memperkenalkan model baru menggantikan model perdana ramai yg tertanya-tanya dari mana datangnya model Limo ini,setahu saya di kilang Honda Jepun tidak terdapat utk Varian ini,Saya yang bekerja dlm Subsidari Vendor Proton tahu sedikit sebanyak info itu,ianya dibuat oleh pakar tempatan yg diketuai En Hadi sebagai Chief Engineer Proreka iaitu bekas engineer Proton.



 Semasa melawat Lab tersebut baru ini terdapat 1 unit yg masih dlm kerja-kerja penyambungan.Untuk pengetahuan anda terdapat 3unit kesemuanya.Dua unit telah disiapkan dan pemiliknya Perdana Menteri Malaysia & Sultan Johor.Untuk kereta ke3 pemiliknya Timbalan Perdana Menteri.Kos pengubahsuaian model tersebut menelan belanja RM1.5Juta. Tahniah Autov Group - Kata Sumber Itu



22 Januari 2014

info - Fungsi Blowoff



blow off valve berfungsi untuk melepaskan angin berlebihan yang ditarik oleh turbine.utk kereta oem turbo dari kilang blowoff nya tidak mengeluarkan bunyi seperti yg terdapat di aftermarket.. bunyi itu bertujuan untuk menarik minat pembeli dan tidak dipaksa penggunaannya..


info - Fungsi Adjustable Fuel Regulator (AFR)



AFR utk adjust tekanan minyak yg dtembak ke dlm kebuk pembakaran,enjin yg telah diubahsuai memerlukan tekanan minyak yg tinggi apabila throttle di ditekan.


17 Januari 2014

Info - Cek Kenderaan Persendirian Percuma di Puspakom

Berita baik untuk mereka yang merancang perjalanan balik kampung pada Tahun Baru Cina. Puspakom akan menawarkan pemeriksaan percuma kenderaan persendirian dari 
19-30 Januari 2014 untuk membantu pemilik kenderaan persendirian dalam memastikan kenderaan mereka selamat dan layak dipandu dan selamat. 

Pemeriksaan percuma termasuk Pengenalan Semak, Pelepasan Ujian, Side-Slip Ujian, Above & pendaratan Semak, Brek Ujian, Penggantungan Ujian dan Tinted Glass.

Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membuat temujanji sebelum lawatan mereka ke pusat-pusat Puspakom. Jadual pemeriksaan percuma adalah seperti berikut:



16 Januari 2014

Info - Apa itu ISOFIX,bagaimana ianya berfungsi??





ISOFIX adalah standard antarabangsa sistem untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kereta penumpang. Sistem ini mempunyai pelbagai nama-nama lain di rantau ini termasuk LATCH ("Lower Anchors and Tethers for Children") di Amerika Syarikat dan LUAS ("Lower Universal Anchorage System") atau di Kanada. Ia juga telah dipanggil UCSSS "Universal Child Safety Seat System"



Info - Bagaimana Kotak Gear CVT Berfungsi


Info - Bagaimana Sistem Klac Berfungsi


3 Januari 2014

DIY - Buka Bumper & Pasang FogLamp Exora

Salam 1 Malaysia,sebelum ni saya pernah tunjukkan cara memasang foglamp pada exora.kali ni saya sertakan bagaimana cara nk buka & pasang bumper depan model exora untuk varian CFE.

1: buka 2 screw saiz 10" & clip

2: klip perlu dumpil dgn testpen

3: sy menggunakan T 10"

4: buka screw 10" di bahagian no plat

5: keadaan bumper tanpa foglamp

6:buka screw 10" di bawah bumper terdapat 4 screw di bawah bumper.

7: buka 2 klip bumper ,ianya sama seperti klip di atas

8: buka screw di bahagian tepi bumper menggunakan testpen (tanpa perlu ditekan)

9: bila semua dh buka tarik bahagian sisi bumper,sehingga klip terbuka dgn sendiri.

10: pastikan semua screw dibuka & tarik perlahan-lahan.

11: bumper setelah dibuka ,pastikan kedudukan screw & klip tersebut.

12: utk memasang foglamp sy perlu memotong plastik yg bertanda.

13: sy menggunakan cutter.

14: setelah dipotong.


15: pasang 4 screw di bahagian foglamp,sy telah membuat wiring terlebih dahulu sebelum DIY ini,sy tarik wayar baru beserta switch on/off utk foglamp.tujuaanya utk menjaga warranty wiring dari pengeluar MPV tersebut..terima kasih.

Gambar Hiasan:

Contoh Diagram:



























Info - Tips Membeli Kereta Baru



Banyak orang berpendapat, membeli kereta seperti masuk pavilion pilih baju. Sebenarnya tidak. Apalagi kewangan sudah mengizinkan. Tapi, membeli kereta yang tepat tanpa mendatangkan penyesalan dikemudian hari, harus ada langkah-langkah tertentu.


Langkah pertama Sejak dari mula pembeli mesti tahu dan tetap dulu tujuan membeli kereta tersebut. Jangan sampai terpengaruh dengan pujuk rayu dan senyum manis salesman yang melayan anda bagaikan VVIP hingga terbeli kereta lain yang lari dari tujuan dan target asal anda.Secara umumnya ada tiga macam alasan mengapa seseorang membeli kereta.

Membeli kereta untuk memenuhi keperluan asas sebagai alat pengangkutan sehari-hari. Yang kedua, untuk menunjukkan status atau kedudukan di kalangan masyarakatnya. Dan yang ketiga untuk mendapatkan kepuasan diri sendiri atau sekadar hobi. Golongan terakhir ini biasanya sudah memiliki kereta lain sebagai alat pengangkutan sehari-hari.Bila anda termasuk golongan pertama, belilah kereta serbaguna, seperti Toyota unser, proton iswara,Naza Ria/Citra,Wish,Avanza atau wira, Mitsubishi storm, Honda city, perodua rusa atau sejenisnya. Kalau anda mengejar status, fikirkan citarasa dan gaya apa yang ingin anda akan ditampilkan. Contohnya, kereta BMW dikenali sebagai kereta mewah tetapi ranggi sesuai untuk eksekutif muda yang berjaya. Sememangnya Mercedes Benz kereta orang kaya dan nampak mewah tapi kurang menyengat dan ranggi. Kalau anda termasuk golongan ketiga, maka pilihan anda sangat luas kerana yang dicari hanya mengikut citarasa dan kemahuan mata. Harga kereta dan harga pasaran tak jadi soal buat orang-orang seperti ini.

Pilihlah kereta-kereta yang popular (top ten) untuk menjamin harga jual balik yang menguntungkan, spare parts yang mudah diperolehi dan hikmat service yang sempurna.Pilih warna dan aksesori yang banyak diminati. Jangan suka-suka memilih warna kerana akan merugikan kelak. Begitu juga dengan aksesorinya. Ini kerana ianya adalah faktor-faktor utama yang mempengaruhi harga kereta anda apabila anda ingin menjual balik dikemudian hari.Sedari tahap kemampuan dan budjet anda.

Jangan ghairah membeli kereta yang lebih mewah. Selain membebankan kewangan dan hidup, kos penjagaan dan baikpulih serta keperluannya sehari-hari seperti petrol,alat tukar ganti dan cukainya adalah lebih mahal.Kunjungi lebih dari satu pusat pengedar. Biasanya ada perbezaan tawaran, seperti kadar faedah yang lebih murah dan servis kereta yang lebih lama dan praktikal

1 Januari 2014

TestDrive - Genting Highlands

"Selamat Tahun Baru 2014" buat pembaca & terima kasih kerana menyokong blog ini.
saya ada sedikit cerita utk dikongsi buat anda semua.pada 01-01-14 saya telah menguji prestasi CFE sy menuju ke puncak GentingHighlands.Tujuan utk merasai sendiri kuasa yg dihamburkan oleh gear D & L CFE ni.Tidak dinafikan kuasa Turbocharger brand "Borg Warner" ni sangat mengagumkan..



saya menggunakan gear "D" di laluan 
genting sempah hingga ke gohtongjaya.
meter RPM 2k di sepanjang jalan hingga ke gohtongjaya.

 setelah tiba di checkpoint ke 2 gohtongjaya ke highlands resort (genting) saya menggunakan gear "L" dgn RPM sekitar 3k.Tanpa menggunakan butang S.A.T .
Terasa kuasa & tayar akan "spin" bila kita mengambil selekoh tajam.

 semasa menurun bukit saya gunakan "D" mode & S.A.T  supaya enjin tidak mengaum,sebenarnya S.A.T tidak perlu bila menuruni bukit kerana ianya berfungsi sebagai gear rendah & mengurangkan penggunaan brek ketika menuruni bukit..sekian.T.K



info : buat pemilik & bakal pemilik Exora yang menggunakan CVT. Sebenarnya “L” pada CVT tu bukan gear rendah, sebaliknya adalah “Sport Mode”. Dalam mode ini, enjin akan “rev” lebih kurang 20% lebih tinggi berbanding dengan D mode. Throttle akan lebih responsive untuk menambahkan kuasa enjin.