25 November 2013

TestPower - Sistem Ekzos (S-Flow)

S-Flow utk Myvi & Persona

Myvi

Persona


info - sistem ekzos (s-flow & straight-flow muffler)

Secara amnya terdapat 2 jenis muffler yang digunakan pada kereta iaituMuffler S-Flow dan Muffler Straight Flow. Tetapi jenis muffler yang digunakan pada kereta biasa yang baru adalah jenis s-flow, sebabnya muffler jenis ini sesuai untuk penggunaan harian bagi pengguna biasa. 


Pilih muffler mengikut kesesuaian anda. Apakah kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis muffler ini?

S-Flow Muffler



Kelebihan:
Senyap Kuasa kereta berada di rpm rendah dan tengah


Kekurangan:
Menghalang pergerakan angin yang lancar kerana pergerakan angin yang berpusing (bentuk "S") dalam muffler Menghasilkan back pressure yang tinggi Kurang kuasa di RPM tinggi.


Straight Flow Muffler (juga dikenali dengan Direct Flow)

Kebaikan:
Aliran angin yang lebih baik kerana angin hanya melalui muffler tanpa berpusing (Kurang back pressure) Kuasa berada di RPM tinggi Enjin yang lebih responsif dan lebih pick-up

Keburukan:
Bising berbanding S-Flow Menaikkan penggunaan minyak (fuel consumption)
Kurang kuasa di RPM rendahTetapi kelemahan Straight Flow Muffler boleh diatasi dengan menggunakan silencer.

Ada dua jenis silencer. Satu jenis yang diletakkan di tengah ekzos (tabung tengah) dan satu lagi yang dipasang pada hujung muffler (muffler tip) yang diikat menggunakan skru dan boleh dibuka pada bila-bila masa.

Silencer jenis kedua, sememangnya akan mengurangkan bunyi bising dan menambahkan kuasa pada RPM rendah tetapi anda terpaksa mengorbankan sedikit kuasa pada RPM tinggi. (Tapi tidak apa... Masa hari kerja pasang silencer... Hujung minggu masa berpoya-poya boleh buka...)

Tips Untuk Di Ingat:
Back pressure > Tekanan gas dalam ekzos - Sesuai utk high power engine.
Back pressure < Tekanan gas dalam ekzos - Sesuai utk kegunaan harian.

22 November 2013

Info - Apa itu Active Head Rest ?

Info - Apa itu Active Head Rest 



Terletak di seat pemandu depan,seatbelt  digunakan untuk mengaktifkan sistem, fungsinya menyokong kepala pemandu dan mengurangkan tekanan & kesan kepada kepala,tengkuk pemandu.

note:ciri ini terdapat pd model suprima S utk pasaran autralia & brunei.

Contoh Video


20 November 2013

Info - Tayar Korek / Toreh



Ramai antara kita tidak menyedari tentang kewujudan Tayar Korek / Toreh di pasaran. Tayar Toreh adalah tayar yang sudah botak dan kemudian ditoreh semula agar ia kelihatan masih tebal permukaan bunganya.

Tahukah anda sebenarnya disebabkan kesan torehan, tayar akan menjadi semakin nipis didalamnya?

Kesan torehan ini sebenarnya jelas boleh dilihat jika diamati dengan betul dan kebiasaannya torehan ini kan mencecah sehingga kelapisan lilitan dawai tayar. Tayar ini amat merbahaya penggunaannya.Ianya boleh meletopbila mencapai suhu panas.

note:jgn disebabkan nk bergaya korang korbankan keselamatan ank&bini...

19 November 2013

Info - Honda bangunkan Enjin VTEC berkuasa Turbo



Honda Motor Co., Ltd. hari ini mengumumkan pembangunan enjin VTEC TURBO, enjin petrol dengan suntikan bahan api terus yang sesuai untuk kenderaan bersaiz kecil dan sederhana. VTEC TURBO merupakan tambahan terbaru teknologi Earth Dreams yang merupakan teknologi enjin generasi hadapan yang menggabungkan elemen keseronakan memandu dan penjimatan bahan api yang terbaik.

VTEC TURBO akan mempunyai 3 versi iaitu 
2.0 L, 1.5 L dand 1.0 L yang bakal dipasang pada model global generasi akan datang Honda bergantung kepada karekteristik model tersebut dan kehendak pelanggan tempatan.

Enjin petrol 2.0 L turbo 4-silinder suntikan bahan api terus

Enjin ini mempunyai unit pengecas turbo pengeluaran tinggi, teknologi suntikan bahan api terus dan sistem penyejukan berprestasi tinggi. Ini merupan enjin inovatif berprestasi tinggi yang mampu menjana pengeluaran maksimum melebihi 280 HP selain mesra alam dengan mematuhi piawaian EURO 6, standard pelepasan asap Eropah yang bakal bermula pada tahun 2014.

Enjin petrol 1.5 L turbo 4-silinder suntikan bahan api terus / Enjin petrol 1.0 L 3-silinder suntikan bahan api terus

Ini merupakan enjin kompak generasi akan datang yang menggabungkan enjin asas dengan rekaan framework terbaru, sistem VTEC yang mampu mengurangkan geseran, unit pengecas turbo dengan inertia rendah dan responsif tinggi selain teknologi suntikan bahan api terus yang mampu mencapai keseimbangan terbaik antara pengeluaran tinggi dan kilasan, melebihi enjin aspirasi natural dengan penjimatan bahan api yang unggul.

Info - Bateri Kering VS Bateri Basah


Apa bezanya menggunakan Bateri Kering dan Bateri Basah
 
Bateri kereta ada 2 jenis
1) Sel Basah
2) Sel Kering
Kedua-duanya mempunyai cara penjagaan yang berbeza

1) Sel Basah,perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan airbateri.Biasanya ketahan bergantung kepada kekerapan penggunaankenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yangbaik,seeloknya seminggu sekali(Kalau selalu pakai kereta pada waktumalam) periksa level air bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalahperiksa 2 atau 3 minggu sekali.

2) Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri.

Memandangkan cara penjagaannya berbeza sel kering lebih mahal daripada sel basah.
Harga bateri bergantung kepada saiz bateri dan jenis kenderaanserta bilangan plate dalam bateri.Biasanya N40Z (Kancil,Kelisa,Kenaridll) harganya RM125-RM145,NS60/L (Saga,Iswara,Wira,Waja dll) RM145-RM160.NS 70/L RM180-RM210.Ini untuk sel basah sahaja,jika selkering harganya '+' RM50 lagi.

3) Bateri mempunyai ketahanan yang berbeza,bergantung kepadajenis,cara penjagaan,cara penggunaan dan kekerapan penggunaan.Bateribaru biasanya mempunyai jaminan selama setahun(petrol) dan 6 bulan(diesel).

Bateri boleh "kong" disebabkan
1) sudah tua,lama,uzur,sampai masa
2) alternator( kerja dia cas bateri ), sudah rosak,belt longgar atau
3) wiring,fius (jarang2 la kalu kereta baru
4) tak tutup lampu (boleh jadi jugak)

18 November 2013

Info - Teknologi LED (DRL-Daytime Running Light)



Sebuah lampu digunakan di siang hari (Daytime Running Light) adalah alat lampu automotif di hadapan kenderaan motor dipasang secara berpasangan, dihidupkan secara automatik apabila kenderaan itu bergerak ke hadapan, mengeluarkan putih, kuning,teknologi ini diguna pakai oleh pengeluar kereta AUDI.

12 November 2013

Info - Bagaimana Hill Hold Assist Berfungsi ?



Peranti yang menghalang kereta dari mengundur ke belakang bila tiba di atas bukit apabila pedal brek dilepaskan boleh dipanggil pemegang bukit. Pemegang bukit terawal telah digunakan dalam gerabak kuda dan kereta tanpa kuda awal. Mereka sering buatan atau dibuat oleh tukang besi tempatan. Ini pemegang bukit awal adalah lebih sedikit daripada berat besi berat dengan hujung kenaikan tajam atau lain-lain yang boleh dengan cepat jatuh di belakang roda apabila keperluan timbul , mencegah kenderaan dari mengundur ke belakang.Ciri ini terdapat pada kereta buatan tempatan iaitu Suprima S.

 Fungsi Hill Hold Assist













8 November 2013

Kemalangan - Lori Kontena Dipandu Laju Barai

Kejadian berlaku berdekatan Hospital Serdang,Lori Kontena dari arah lebuhraya SKVE.Kemalangan Ini membabitkan 5 kenderaan lain & menyebabkan jalan sesak hampir 5KM.Ramai yg jadi mangsa keadaan oleh sikap pemandu yg pentingkan diri ini.

Mangsa yg Melanggar Lori Terbabit

Video Sebelum/Selepas Kemalangan