11 Oktober 2013

Turbo - Triton VGT Turbo






Mitsubishi Triton lebih berkuasa dengan VGT (Turbo Geometri Boleh Ubah)


Segmen kenderaan pikap nampaknya semakin sengit dan kini satu lagi pesaing baru menyertai kelompok ini. Triton bukan lagi nama asing tapi varian yang dilancarkan oleh Mitsubisi Motors Malaysia ini menerima peningkatan yang berbaloi untuk diambil perhatian iaitu sistem turbo serta transmisi baru.


Bukan setakat itu, bahagian luar turut menerima perubahan kosmetik melibatkan sambungan bampar hadapan, palang besi berwarna hitam dan rim aloi 17 inci.

kelebihan Triton VGT di atas permukaan tar dan memang tidak dinafikan model ini antara yang memiliki kawalan serta keselesaan terbaik di dalam kelasnya. Cuma sebagai sebuah trak, roda stereng memerlukan sedikit usaha untuk diputar terutamanya apabila meletakkan kenderaan. Jika membuat pusingan U, radius putaran 5.9 meter kenderaan ini tidak memberi sebarang masalah.

Bekenaaan enjin pula, kelebihan padanan enjin 2.5 liter diesel dengan Turbo Geometri Boleh Ubah (VGT) dan transmisi lima gear baru amatlah sesuai bagi kaki lasak dan kereta ini amatlah sesuai untuk semua golongan dengan citarasa masa kini.

malah dengan adanya VGT, kuasa tarikan sebanyak 350Nm dapat disampaikan lebih awal dan lama (1,800 hingga 3,500rpm). Untuk pengetahuan, laluan ‘offroad’ bukanlah di tahap yang paling sukar tapi merangkumi pelbagai permukaan seperti pasir, batu-batu kasar, lumpur, bukit serta cenuram.Kenderaan seumpama ini amatlah sesuai digunakan tak kira untuk perjalanan bandar atau selainnya.

Turut membantu dalam keadaan ini adalah ciri Limited Slip Defferential (LSD) Hibrid yang melaras kelajuan serta gear untuk bekerjasama dengan sistem ABS dan EBD.

Waktu menuruni bukit curam, penulis dapati mod ‘sport’ pada transmisi amat berguna bagi memperlahankan kenderaan dan membiarkan ia membrek menggunakan kuasa enjin.

Selain itu, transmisi ini juga dilengkapi sistem 4WD Easy Select, membolehkan pemandu menukar gear dari kedudukan 2WD ke 4WD pada kelajuan di bawah 100km/j tanpa berhenti.

Tiada ulasan: