Macamana caranya nak jual kereta kepada direct buyer dan bukannya kepada used car company?
Menjual kereta anda kepada used car company sememangnya mudah, namun anda akan kerugian ribuan ringgit kerana used car company pun tentu nak untung juga! Selain itu, anda juga berisiko untuk kena tipu.
Ada juga kes yang mana kereta baru pakai 3 tahun, tapi loan ada 6 tahun lagi. Bila calculate balik full settlement dengan harga yang ditawarkan oleh used car company, anda siap kene topup lagi duit supaya kereta anda boleh tolak.
Situasi saya samalah seperti di atas. Wife saya nak kereta baru, maka saya perlulah menjual kereta Persona miliknya. Bila tanya used car company, mereka cuma nak ambil dengan harga RM 33 K sedangkan hutang di bank ada lagi RM 35 K!
Saya pun cuba-cuba melihat market price Persona Auto 1.6 M-Line di The Star Classified. Market Price lebih kurang 36 K sehingga 38 K. Saya pun ambil gambar kereta wife saya, dan postkan iklan di mudah.my dengan harga RM 36, 900.
Tak sampai seminggu, macam-macam orang call bertanyakan tentang kereta milik wife saya tu. Tapi, saya nasihatkan anda semua, berhati-hati ketika memilih buyer. Ramai yang dah kena tipu di mudah.my. Memilih buyer adalah di atas kebijaksanaan anda sendiri. Kalau kena tipu, saya tak tanggung ye ... :)
Saya postkan iklan kereta tu semasa bulan Puasa. Ada seorang buyer tu call saya dan kata dia urgent nak pakai kereta. Sebabnya dia nak balik Raya dan keretanya pulak rosak dan berada di workshop. Buyer tu cakap lagi, dia nak bayar saya RM 2K sebagai deposit, nanti lepas raya baru dia nak buat loan!! Kata saya dalam hati, banyak cantik muka ko!! Saya takkan terpedaya dengan penipu macam ni!
Nasihat saya kepada anda, biar selective memilih buyer jangan nanti menangis di kemudian hari. ( Agak tak rhyme pulak proverb yang saya buat sendiri ni! hehe)
Akhirnya, selepas raya baru saya dapat buyer yang saya yakini setelah berjumpa dengan beliau. Dapat deal dengan harga RM 36,500.
So, next step apa?
Kat sinilah ramai orang yang kantoi. Selalunya orang akan upah runner untuk uruskan segala-galanya. Upah runner bukannya murah yer. Range upah lebih kurang RM 500 sehingga RM 2 K pun ada!
Anda boleh suruh buyer anda apply loan kereta, atau anda applykan loan untuk buyer tersebut. Di sini mungkin kita terpaksa trust buyer kita, atau buyer terpaksa trust kita. Sebabnya maklumat peribadi perlu diberikan.
Pihak bank memerlukan copy of:
Buyer:
------------
IC
Payslipt
Bank Statement
Seller (anda lah )
--------------
IC
Geran kereta
Kalau anda nak uruskan permohonan pinjaman kenderaan di bank, anda perlu minta 3 perkara tersebut daripada buyer. Tapi, kalau buyer anda nak uruskan sendiri, anda pulak terpaksa berikan 2 perkara tersebut kepada buyer anda.
Nak langkah yang selamat? Dua-dua orang pergi ke bank serentak dan bawakan dokumen-dokumen yang diperlukan di atas.
Kebiasaanya, pihak bank akan melihat kereta yang ingin dijual, dan mengambil gambar kereta serta nombor chasis untuk memastikan kereta itu bukan kereta potong atau curi.
Dalam kes saya, pihak bank ambil gambar setelah loan approved.
Berapa lama bank nak approve loan untuk buyer?
Bergantung. Selalunya tak sampai seminggu. Tapi, bank akan approve loan untuk yang beli dengan used car atau syarikat kereta (Honda, Proton, Perodua) dulu barulah meneliti permohonan untuk direct buyer ni. Kalau minggu tu ramai yang apply loan, dan yang apply tu direct dari syarikat kereta atau pun used car, maka lambatlah sikit nak approve.
Bank takkan approve 100% loan ye. Contohnya jika anda jual kereta anda dengan harga RM 36,500, besar kemungkinan bank akan approve RM 31,000 sahaja kepada buyer anda sahaja.
So, once loan dah approved, bank akan mintak buyer anda bayar full amount. Dalam kes ni, buyer anda perlu bayar ke bank RM 5,500 lagi setelah loan approved RM 31,000. (Rm 5,500 + RM 31,000 = RM 36,500).
Haa? Dah tu bilanya saya nak dapat duit? Semua bayar kat bank??
Jangan risau. Jika loan anda masih ada RM 35, 000, bank akan tolakkan harga kereta yang anda jual dan bayar bakinya dalam akaun anda. Contohnya di sini, anda jual kereta anda pada harga RM 36,500, maka RM 1,500 lagi bank akan masukkan dalam akaun simpanan anda (RM 36,500 - RM 35,000 = RM 1,500).
Puspakom Check
Ini perlu dilakukan oleh anda sendiri. Siapa yang pelu tanggung kosnya? Hmm ... anda boleh bawak berbincang dengan buyer anda. Tapi bagi saya, lebih baik anda masukkan siap-siap harga kereta anda + kos puspakom check. Buyer dah beli kereta anda berpuluh ribu, takkanlah puspakom check yang tak sampai seratus kosnya tu anda nak suruh buyer tanggung jugakkan? Jadi, untuk mengelakkan konflik dengan buyer, masukkan je siap-siap kos puspakom check tu pada harga kereta!
Kalau nak selesa, saya nasihatkan hantar kereta anda ke Puspakom Padang Jawa sebab tempatnya besar dan luas. Puspakom Bangi dan Cheras not recommended as tempatnya kecik dan anda pun tak selesa nak beratur dan menunggu.
Eloknya datang pagi-pagi. Tapi kalau dah terlambat, baik anda datang pukul 1.30 petang. Sebabnya Puspakom akan berhenti berehat pada pukul 1.00 hingga pukul 2.00 petang. Anda sampai pukul 1.30 petang dan beratur siap-siap (kereta anda yang perlu beratur, jadi park di tempat yang betul!). Pukul 2.00 petang Puspakom akan buka pintu gate dan anda boleh terus drive masuk.
Geran Kereta, penting!!
Kalau datang puspakom tanpa geran kereta, memang anda membuang masa saja. Pastikan anda dah mintak geran kereta awal-awal dari pihak bank sebelum anda datang ke puspakom.
Semasa pendaftaran di Puspakom, pastikan anda beritahu yang anda nak buat check B5 dan B7. Bayarannya adalah RM 90 sahaja. Setelah pembayaran dibuat, terus drive kereta ke lorong 2 (Puspakom Padang Jawa).
note: Jika Buyer anda membeli kereta anda secara cash, pemeriksaan B7 tidak diperlukan.
Pemeriksaan mengambil masa tidak sampai 15 minit. Anda boleh duduk tunggu di situ atau minum teh tarik sekejap di kedai makan berhampiran (jalan kaki je).
Tunggu nmbor plate kereta anda dipanggil setelah pemeriksaan selesai. Anda akan diberi sijil pemeriksaan lulus untuk B5 dan B7.
Kembali ke bank
Geran kereta, borang Puspakom Lulus B5 dan B7 perlu diserahkan semula ke bank dimana buyer anda membuat loan. Setelah itu, pihak bank akan membuat urusan full settlement kereta anda dan membayar semula duit baki anda.
Urusan tersebut mengambil masa dalam seminggu. Bank juga akan membuat urusan e-batal di mana nama anda akan dilepaskan dari menjadi tanggungan terhadap kereta tersebut.
Setelah selesai semua, barulah anda boleh serahkan kereta anda kepada buyer ....
Nampak kompleks ke? Tak lah sangat jika anda dah melaluinya ... kan?
Harapan saya, dengan cara ini anda boleh menjual kereta anda walaupun baru dipakai dan tak perlu topup kepada used car ... anda juga boleh menjimatkan kos dan tidak perlu membayar runner ...
Jumpa Lagi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan