3 Disember 2013

Tips - Penjagaan Sistem Brek Kereta





Sistem brek sangat penting bagi menjamin keselamatan pemandu walau di mana jua mereka berada.

Ini kerana sistem brek merupakan salah satu daripada aspek keselamatan paling penting, ketika kita sedang memandu.


Secara asasnya. sistem brek terdiri daripada 6 komponen iaitu: 
1=Disc brake. 
2=Pelapik brek (Break pad). 
3=Saluran minyak. 
4=Vakum pam. 
5=Tabung minyak enjin. 
6=Pedal brek (Tempat meletakkan kaki untuk brek). 


Tanpa salah satu daripada komponen di atas, kereta kita berada dalam keadaan berisiko. Dalam masa yang sama, pentingnya untuk kita tahu bagaimana untuk menjaga sistem brek.


Ini bagi menyelamatkan kita daripada terjadinya sebarang musibah ketika pemanduan. Serta menjimatkan kos sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada brek.


Sekiranya kita tidak tahu mengenai penjagaan sistem brek, kita akan menghadapi kos penyelenggaraan yang tinggi.


3 Tip Penjagaan Sistem Brek Kereta


#1 – Periksa Pelapik Brek Hadapan

Pemeriksaan brek hadapan ini dikhususkan untuk pemilik kenderaan transimisi automatik.

Brek hadapan kereta kita akan lebih cepat haus berbanding belakang. Justeru itu, sentiasa biasakan diri untuk melakukan pemeriksaan terhadap brek hadapan, sebelum memulakan perjalanan jarak jauh.

Untuk pemeriksaan, boleh hantar ke bengkel kereta yang berdekatan dengan rumah.


#2 – Alihkan Kaki Daripada Pedal Brek

Sekiranya kita mempunyai tabiat gemar meletakkan kaki pada pedal brek, mulai hari ini, ubah kebiasaan itu.

Ini kerana semakin kerap kita menekan pedal brek dalam keadaan sengaja tidak sengaja, semakin cepat ia menjadi haus dan perlu diganti. Dengan meletakkan kaki pada kawasan luar daripada pedal brek, kita dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.


#3 – Periksa Paras Minyak Brek (30 Hari 1 Kali)

Bagi yang kerap menggunakan kereta setiap hari (selama 30 hari berturut-turut), pastikan kita meluangkan masa 1 hari untuk periksa paras minyak brek kereta.

Pastikan ia berada di antara paras maksimum dan minimum. Ini bermakna, tidak terlalu maksimum dan jangan biarkan ia berada pada paras minimum.

Maklumat tentang penjagaan sistem brek kereta yang dikongsikan ini adalah penting, bagi memastikan tahap keselamatan kita berada di tahap yang optimum, ketika sedang memandu.


Kecelakaan jalan raya berlaku berpunca daripada kegagalan pemandu menjaga kereta mereka dengan lebih baik.

Kita boleh pilih untuk menjadi salah seorang daripada individu yang ditimpa kecelakaan, atau mengelakkannya daripada berlaku.


Tiada ulasan: