4 Mac 2020

DIY~ Coating Headlamp Exora CFE


Selamat Petang,lama tak berDIY ni,kali ni sy nk tunjukkan DIY coating headlamp .biasanya kedua-dua lampu ini akan pudar,kuning,kusam apabila kereta berjemur hujan dan panas,untuk selamatakan lampu2 tersebut dari terkena cahaya matahari yg melampau pemilik perlu buat coating yg terjamin selama 3 ke 5 tahun.

coating spray ni cuma bertahan 4 jam sahaja,selepas itu cat akan mengeras,sebab telah dicampur dengan hardener.lepas 4 jam pandai2 la korang tanggung sendiri.

untuk pengetahuan anda kebanyakan DIY yg ada di youtube dan google tu menggunakan spray clear biasa,tak sesuai untuk headlamp ,jangan bangga lepas spray memang cun tunggu sebulan anda akan menangis di bucu katil.kah kah kah.

#jangancakapabgtakpayung #payungemasgitu #adaskilljalanjer

cara2 buka bumper rujuk DIY dibawah:
https://rotormasters.blogspot.com/2014/01/diy-buka-bumper-pasang-foglamp-exora.html

Tools yg diperlukan:
screwdriver mata philips
screwdriver mata rata
allen key special brand hotax
spanar box saiz 10mm
test pen
sandpaper kod 1000 dan 2000

1: ada pelbagai warna pilihan saya pilih color superblack.

2: lampu exora setelah 6tahun agak kekuningan sedikit,walaupun bawah garaj.
 

3:buka bumper depan,jgn sesekali selak2 mcm kedai aksesori tu pemalas,sebab kete orang,macam tu lah diorg buat clip patah mahal woi.boleh rujuk DIY di atas.

4: buka skru lampu dgn spanar saiz 10mm.

5: setelah lampu dibuka cuci dulu dan pastikan air tak masuk kedalam lampu.

6: gosok lampu dgn sandpaper kod 1000 dan 2000 .

7: lampu yg sudah siap dipasang pada exora.nampak padu beb.kalau jumpa exo ni horn2 la yer,saya EOCM888 dari putrajaya.sekian..