30 Mei 2017

DIY - Pintu Kabinet Dapur

Jom berDIY..DIY suka suki jer ni..Biar nampak sikit kemas bawah sinki tu..DIY ni saya buat sebelum ramadhan.

Barang:
* kayu plywood
* pemegang pintu (ikea)
* magnet (hard disk)
* engsel (kedai RM2)
skru (kedai RM2)
* cat warna & undercoat

1: saya menggunakan kayu pintu kabinet hotel yg sy dapat dr seorang sahabat.

2: kerja2 membuat bingkai ini amat rumit,maklumla banyak perlu ejas..saya gunakan magnet harddisk kerana kekuatanya.

3: pemegang pintu yang dibeli dari IKEA.


4: setelah siap digosok & di cat.


5: hasil selepas dicat 2 layer.nampak kemas dari sebelumnya.





16 Mei 2017

DIY - Tukar Metal Chuck Baru

Memandang bulan Ramadhan akan tiba bebrapa hari lagi,saya telah mempersiapkan Drill untuk kerja2 menebuk lubang wallplug utk langsir orang rumah,Persiapan drill perlu kemas,maklumla chuck lama hampir jahanam kesemua mata trip nya..dengan bermodalkan RM32 saya beli dari seorang sahabat yg kebetulan kerja di Bosch/DeWalt/Black&Decker Malaysia.

1: contoh drill & hammer Black&Decker yg saya beli dgn harga RM79.

2: drill ini berkhidmat sejak tahun 2009

3: Chuck drill lama yg hampir R.I.P untuk kerja2 lasak.

4: setelah melalui proses membuka & pasang,agak azab nk buat jika tools tak cukup.
lihat gambar sebelum & selepas penukaran..terima kasih.