7 Februari 2017

DIY - Tukar Minyak HDEO pada Honda EX-5

Inilah akibat terlalu banyak join grup,saya termakan janji & hasutan di media sosial berkaitan minyak jenis HDEO.Terlalu kuat "saka" HDEO ni menyebabkan saya terus ke stesen minyak berhampiran untuk mendapatkanya kah kah kah,jilake tul....Auta!..Saya bukanlah jenis cepat tepengaruh dengan benda baru,hampir 2 minggu saya membaca review komen di grup & google berkaitan HDEO.Ini kali pertama saya mencuba di motor Honda EX-5.Hasilnya amat memeranjatkan.

1: Saya menggunakan minyak HDEO Shell Rimula R4X.Gambar bawah suhu yg sesuai untuk pemilihan minyakmengikut API.
 

2: Saya membeli Shell Rimula R4X & NGK Spark Plug,Sambil2 tu tukar spark plug lama kepada yg baru.



3: Buka Nut EO,& tadah minyak hitam lama,Pastikan penutup sukatan minyak di atas dibuka bagi memudahkan minyak keluar,Saya memasukkan sedikit Petrol & menggoncangkanya,Sengetkan motor sampai saki baki petrol itu keluar.
 


4: Masukkan sedikit minyak HDEO tersebutuntuk flush petrol,Pastikan semua minyak keluar dan tutup semula skru & ketatkan.
 



5: Tuang minyak HDEO ke dalam sehingga ada baki sedikit,cek menggunakan penuras minyak,pastikan di level yg betul.Tutup & bersihakan bahagian rocker enjin,kemudian start Fuhhh,First time dengar bunyi ekzos,,selama ni bunyi enjin mengaum.setelah mencuba bebrapa pusingan & berhenti saya terdengar bunyi bearing sangat merdu...Tak sia2 saya membaca review & keluar sedikit modal untuk membuat ujikaji ini pada EX-5 ..Betapa kuatnya "saka" minyak hitam Lori ni...
 Selamat Mencuba Bro!!!




3 Februari 2017

Info - Kenali Penapis Minyak Tulen & Palsu

Sejak akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan pelbagai gambar di meda massa berkaitan alat ganti dan minyak palsu di pasaran.Jika anda seorang pengguna bijak anda hendaklah meneliti dari segi fizikal sesuatu barang tersebut.Sekiranya anda merasa ditipu anda perlu membuat aduan ke KPDNKK untuk tindakan lanjut.
sila ke pautan dibawah:

Tidak sukar untuk membuat perbandingan Alat Ganti Tulen,
Alat Ganti Tulen mempunyai Part No Tertentu bermula dengan
PW811577 
(boleh rujuk proton SC,semua alat ganti mereka bermula dgn PW)
manakala alat ganti palsu mempunyai no sperti dibawah
PC112102





1 Februari 2017

DIY - Tukar Meter L7 & Bulb LED

Salam 1 malaysia,sempena cuti CNY 2017 banyak aktiviti masa nak buat.
kali ni saya nk buat DIY tukar meter & LED bulb meter maklumlah bulb neon ni malap..disebabkan meter asal saya millage & trip dh kong.bila dah kong susah nk kira bila waktu nk servis.
meter dah cecah tiang pon xnampak..kah kah kah..

Alatan:
Scrdriver mata philip
Test Pen
LED T10 (putih)
LED T5 (putih)
 
 Meter asal OEM yg millage & trip dah kong.


1: Meter asal L7 A/T yg saya beli dari buyer online..COD Taman Medan dpn Seller sy pasang & uji,nampaknya semua berfungsi dgn baik.nasib baik seller sporting.

2: Housing meter saya cuci terlebih dahulu,gunakan pencuci cermin jer.

3: Cover meter selepas dicat color silver,nampak menyerlah sikit dari hitam.




4: LED T5 & T10 diperlukan dlm DIY ini,bergantung pada owner,sy beli di MrDiy.

5: Contoh LED T5,sy tukar semua jenis bulb LED,bagi cerah & bersinar meter tu bila malam,cara buka pusing jer.

6: Setelah siap dicat & dipasang LED.

7: selepas berpuashati semuanya berfungsi,pasangkan panel.meter ni A/T so abaikan indicator tu.nak tutup pon bleh.

8: Masa utk mengujinya di dashboard,

check lampu doublesignal,headlamp hi-low,handbrake,bateri,millage,trip pastikan semua berfungsi baru pasang panel meter.Selamt mencuba.