23 November 2016

DIY - Pasang LED T5 (Dashboard Exora)

Salam semua,saya dh order LED T5 ni online,bila barang dh sampai baru plan nk DIY.
sebab LED T5 ni susah nk dapat,kalau harga di spare parts boleh tahan mahal,beli online murah cuma lewat sikit sampai..janji murah..berkualiti..

1: LED  T5 saya dh sampai,saya beli  online dengan harga RM19.00 50pcs. (untunglaaaaakan)
 

2: Mula2 sy buka console gear pada dashbord exora menggunakan screwdriver mata philips. ada 4 screw jer..

3: Tanggalkan clip pada console gear hati2...slow n steady jer...gelojoh patah nanti  yeop..


4: Cabut panel indicator gear tu..clip jer..dalam tu terdapat mentol T5 iaitu mentol asal OEM.

5: Saya cuba on kan lampu tersebut..mentol tu akan ditukar pada LED T5.



6: Mentol oren telah ditukar ke LED T5..bila on lampu memantul cahaya LED T5 pd indicator gear tu...fuhhh..ok  apalagi pasang la balik cover2 tu...okbye!

DIY - Exora custom Ford Fiesta A/C Knob

salam jumpa lagi kita,mane lagi,dalam sesi DIY kali ini la..
kali ni sy nk tunjukkan macam mane nk custom ford fiesta A/C knob pada console exora.
maklumlah dh nk dekat habis warranty ni mcm2 hal plak ..knob patah la,jem xbleh pusing la.....semua minta duit tu..

1:saya beli secara online dengan harga RM27.00

2:A/C knob ori dari proton..trip dh pecah.

3:buka frame tengah exora ni dgn menggunakan testpen..(boleh refer DIY saya sblm ni)
abaikan SinarFM tu penaja rasmi sesi DIY kali ni..

4:setelah siap pasang serta sedikit modifikasi pada a/c knob ford ini..br ngam2 bleh masuk..
baru la nampak ala2 conti skit..

 
 5:setelah siap pemasangan,sy mengujinya..memang tak dinafikan aircond proton memang sejuk berbanding jenama2 lain...(bukan sebab a/c knob ford tu tp itulah hakikatnya)
nk info sila komen..

16 November 2016

Info - Kipas Radiator Automatik Exora

Tahukah anda kipas radiator akan berfungsi secara automatik selepas enjin anda dimatikan,Keadaan ini "normal" bagi kenderaan jenis Proton Exora,Suprima & Preve.Kipas radiator berrfungsi disebabkan suhu enjin turbo terlalu panas & perlu disejukkan,kipas akan berhenti setelah suhu enjin dalam keadaan normal.



(anda tidak perlu bimbang,ianya automatik bukan ada toyol ataupun gangguan makhluk halus...kah kah kah!)

Info - Lampu Cek ABS Exora

Tahukah anda setiap kali hendak menghidupkan Kunci Exora lampu ABS akan menyala beberapa saat.ini menunjukkan sistem ABS dalam keadaan bersedia.



(sekiranya lampu ABS menyala sewaktu kenderaan anda bergerak,ini menunjukkan ABS anda tidak berfungsi.anda perlu mendapatkan khimat nasihat dari bengkel berdekatan)