10 Jun 2015

DIY - Tukar Rear WIndshield (Kelisa)


Selamat pagi & salam 1 malaysia.DIY ini berlaku secara tidak sengaja,
ianya terjadi disebabkan kontraktor mesin rumput di tempat kerja.
nak dipendekkan cerita,kontraktor siap bagi no telefon & panel kedai cermin.
saya terus call member di kedai spareparts bertanyakan harga cermin yg berharga RM170+GST.
memandangkan ini kali ke-2 saya kena & pernah ada skill menukar cermin hadapan sebuah kereta wira dulu & mempunyai "tools" saya yakin dgn kebolehan yg ada.ini kerana kos upah tukar cermin RM200 (harga fix+GST).Jom kita pelajari bersama.

1:Keadaan cermin kereta bila saya sampai utk balik ke rumah.retak 1k cermin tak berderai sebab ada tinted.



2:Mula2 saya guna plan A dgn memasukkan dawai di celah cermin lalu menarik di keliliang cermin tp tidak berjaya disebabkan sealer terlalu keras.Saya cuba plan B dgn memecahkan cermin dgn menggunakan tukul besi dgn mengetuk keliling cermin.



3:Saya menanggalkan serpihan cermin&sealer menggunakan "scarpper" tajam.kerja ini perlu dilakukan dgn teliti agar tangan & mata anda tidak cedera.(sbb tu apek dr cermin tu caj kaw2 sbb bleh tahan azab dia) 



4:Saya beli cermin "ORI" rear windshield kelisa berharga RM170+GST & gam sealer jenis tube RM25 sebatang (tanpa GST sbb xambik resit "aptb" kertas pon mau kira ka)



5:Sesi gam cermin bermula,saya memotong muncung hos gam seperti dlm gambar utk memudahkan gam keluar sekata.Saya mulakan dari bahagian tengah atas.gam perlu ditarik keliling hingga bawah tanpa memutuskanya (skil kena ada,klu anda silap alamatnya bila hujan pakai baju hujan la kah kah kah) gurau jer jgn marah bro!



6:Adjust sebelum letak cermin di permukaan gam & perlu dilakukan berhati2.
ingat jika anda tersilap cermin tidak boleh diangkat semula takut ianya pecah.
ketuk disekeliling permukan cermin.



7: Pasang wayar "heater" & biarkan gam kering selama 30minit.
letakkan tape pada bahagian atas cermin seperti dlm gambar.
selesai.sy dpt jimat RM230.





(semoga ilmu yg saya sampaikan dapat dimanfaatkan oleh semua)
Terima Kasih