5 Jun 2014

Info - Oil Treatment (Wajib ke Pakai)




oil treatment dan fuel treatment memang elok tetapi apa kesan nya? kekurangan dan kelebihan taruk benda ni?.

mari kita kaji dulu prinsip nya

Pelincir merupakan bahan (biasanya cecair) yang diletakkan antara dua permukaan bergerak bagi mengurangkan geseran dan haus antaranya. Pelincir memberikan lapisan nipis pelindung yang membenarkan kedua permukaan berasingan dan kekal "licin", dengan itu mengurangkan geseran antara keduanya. Pelincir bertindak secara kimia dengan semua permukaan dengan itu hubungan hanya berlaku dengan pelincir yang licin dan bebas.

Melalui proses ini, zarah mengkakis dilarutkan dalam pelincir, dengan itu menjadikannya pelarut dan pembersih yang baik. Pelincir berasaskan petroleum seperti Vaseline cenderung melarutkan keluaran petroleum seperti getah dan plastik, sementara pelincir berasaskan air cenderung melarutkan kimia berkutub (seperti air dan kotoran); sebab itu tambahan digunakan.

Pelincir perlu digantikan apabila kadar bahan larut mencapai peringkat tepu, kerana ketidakupayaan melarutkan kotoran tambahan membenarkan zarah mengkakis bergesel dengan atau melekat pada permukaan bergerak, dengan itu mencipta ruang bagi hubungan fizikal antara keduanya.

Salah satu kegunaan terbesar pelincir, dalam bentuk minyak enjin, adalah melindungi enjin pembakaran dalam dalam kenderaan bermotor dan perkakasan berkuasa.






mari bincang :
wa selalu tengok orang veteran taruk cap STP oil treatment.......tapi tu kete zaman 70`an la.

kalau ko dok servis kat eon pun...mesti ada oil treatment.tujuannya bukan nak bagi power atau pickup tapi cuma nak jaga enjin.untuk melancarkan perjalanan engin.
dan ada juga juru jual ada promote enjin treatment,yang bagi wa tak ada pe kebendanya(pendapat wa)

dan ada juga orang guna metal treatment je...
yg ni utk jaga piston, blok, fuel consumption n gear (metal based equipment.

Banyak kalau kita lihat di pasaran dan di promote oleh juru jual brand ni bagus la itu ini la. apa yang penting kita sebagai pengguna kena bijak memilih.lihat kandungannya dulu dan apa fungsinya.pastu baru kita try untuk melihat kelebihannya.kalau tak ada kesan untuk apa kita perabis duit untuk benda yang tak mendapatngkan faedah.


(Info-proton telah mengeluarkan memo utk setiap pusat servisnya di seluruh malaysia agar tidak menggunakkan produk X1R pd enjin mereka.






P/S : seyes wa cakap tiara wa tak pernah pakai minatang semua ni.janji tukar minyak itam ,isi minyak RON97 (minyak berkualiti dah siap ada additive) pastu jalan keliling taman.kah kah kah

 (credit)