15 Mei 2014

DIY - Pasang LED Room (Center)

Ini DIY LED room center utk mpv (Exora),sama seperti DIY sebelumnya cuma ini di bahagian tengah.

 1:LED room di bahagian tengah.masih menggunakan mentol asal.

2:Umpil dgn berhati2 di bahagian spt dlm gambar. (klip)

3: Tarik cover perlahan2 & keluarkan mentol.

4:Hati2 bila mengeluarkan mentol (ianya masih panas sekiranya suis on)

5:Jenis 24 LED & tampalkan "double side tape silikon" .

6:Pasang socket & cuba "On" lampu tersebut.Sekian.Terima Kasih.


Video LED Room (Center)
 

DIY - Pasang LED Room (Front)

Salam 1 Malaysia,setelah sekian lama menyepi..akibat kesibukan kerja & anak2,kini sy kembali dgn DIY terkini.Pemasangan LED Room. (Exora)

1:Jenis 24LED berharga sekitar RM10-15. (boleh didapati di kedai aksesori)

2:Mentol asal berwarna kekuningan & kerap terbakar.

3:Umpil cover menggunakan "testpen" pada tempat tersebut dgn perlahan.

4:Tarik klip & buka cover room tersebut.

5:Cover room telah dibuka.

6:Off suis tersebut &keluarkan mentol dgn berhati2 (mentol tu panas)

7:Jenis mentol room asal berharga RM4-5 di proton servis.

8:Pasang socket mentol terlebih dahulu.

9:Lekatkan "double tape silikon" di keliling LED.

10:Lekat di sebelah dalam cover room.

11:LED telah dilekat spt dlm gambar & pasang socket LED.

 12:Cuba "On" suis tersebut.

13:Matikan "alarm" & lihat LED room akan malap & padam.
Tahniah anda berjaya lakukanya.

Video LED Room (front)








Info - Penjagaa Enjin Turbocharger



Enjin turbo berfungsi dengan membekalkan udara tambahan ke dalam engin untuk menghasilkan pembakaran yang lebih sempurna. Bekalan udara ini berfungsi untuk menghasilkan pembakaran yang sempurna di dalam engin, dengan itu dapat meningkatkan lagi kuasa yang dihasilkan engin. Enjin turbo yang awal pada mulanya hanya berfungsi untuk mengepam udara tambahan kedalam enjin denganmengunakan kipas dibahagian ekzos. Putaran kipas itu akan menggerakkan pam udara turbo dengan bantuan shaf penyambung, dengan itu memastikan jumlah udara yang keluar melalui ekzos sama jumlahnya dengan udara yang di pam masuk kedalam enjin.

Bagaimanapun sekiranya kemasukan udara ke dalam enjin berlebihan, ini boleh merosakkan enjin. Oleh itu, satu alat pelepas angin tambahan yang dikenali sebagai "Westgate" perlu dipasang untuk mengelakkan kejadian ini. Peralatan "Westgate" akan bertindak bagi memastikan jumlah udara yang dipam masuk ke dalam enjin tidak melebihi had yang ditetapkan.
Udara yang dimampatkan akan menjadi panas dengan itu pemampatan udara oleh enjin turbo akan meningkatkan suhu udara yang masuk kedalam enjin. Keadaan ini akan menjadikan enjin menjadi cepat panas.

Untuk memastikan engin tidak terlalu cepat menjadi lampau panas (overheat), udara yang dipam masuk perlu disejukkan dengan menggunakan sistem intercooler. Intercooler akan di pasang pada bahagian hadapan kenderaan yang dipasang dengan sistem turbo bagi menyejukkan udara yang masuk sebelum dipam masuk ke dalam enjin.
Selain daripada peralatan yang dipasang untuk memastikan sistem turbo berfungsi dengan baik, enjin turbo juga perlu penjagaan rapi agar dapat tahan lama. Sekiranya engin berkuasa turbo dimatikan dengan mengejut, pam tidak lagi mengepam minyak pelincir ke sistem turbo. Keadaan ini meningkatkan lagi geseran di dalam engin turbo, yang akan meningkatkan lagi kadar kehausan sistem turbo dan merosakkan komponent sistem turbo dalam jangka masa panjang.

Oleh itu, bagi mengelakkan keadaan ini, enjin berkuasa turbo perlu distabilkan dengan membiarkan ia bertenang selama 20 hingga 30 saat selepas berhenti sebelum mematikan enjin. Bagi mereka yang tidak mahu atau tidak mempunyai masa untuk menunggu sebelum mematikan enjin, satu alat yang dikenali sebagai jangka turbo (turbo timer) boleh dipasang. Alat itu boleh ditetapkan untuk mematikan enjin selepas masa yang dihadkan berlalu.

Selain itu, enjin berkuasa turbo juga perlu dipanaskan sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan minyak pelincir telah disebarkan keseluruh enjin secara menyeluruh. Ini adalah untuk memastikan enjin turbo tahan lebih lama dan mampu memberikan perkhidmatan yang optima. Sebagaimana enjin lain, minyak pelincir perlu dijaga agar enjin tahan lama. Untuk enjin berkuasa turbo, adalah disarankan pengguna menggunakan minyak pelincir yang tahan suhu tinggi, terutamanya minyak buatan (sintatik).

Sekiranya sesuatu enjin turbo itu dijaga dengan baik, enjin turbo tersebut mampu meningkatkan kuasa enjin lebih daripada enjin biasa yang mempunyai kuasa kuda yang sama. Anda pasti merasakan perbezaannya setelah mencubanya. Cuma anda perlulah rajin menjaganya dengan teliti agar enjin turbo anda sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi anda. Dengan ini anda kini telah tahu serba sedikit berkenaan enjin turbo. Sekian sahaja dari saya. Wasallam.

MENGENAL TURBO

Mula2 kita kenal fungsi turbo tu dulu. Turbo ni tugasnya nak compress & supply udara yg melebihi atmospheric pressure ke enjin. Utk enjin N/A, tekanan udara yg boleh diterima ialah 1 Bar, tak kira lah pakai surbo ke apa ka, tetap 1 Bar je. Utk supercharger & turbocharger, ianya boleh bekalkan tekanan udara tambahan, so (tekanan yg diset pd turbo) + 1 Bar(14.5psi).

Mmg kadg2 kita tgk value boost meter kita, 10psi, 11psi, nampak skit tapi kita jgn lupa yg nilai ni on top of atmospheric pressure! Lagi tinggi density udara yg dibekalkan kpd enjin (especially udara sejuk lepas disejukkan oleh intercooler), lagi bagus & byk combustion/pembakaran berlaku dlm enjin. So end result lagi tinggi power output enjin.Mcm mana turbo boleh hasilkan kesan sebegini? Nak fahamkan yg ni, kita kena tau struktur turbo tu sendiri. Turbo ada 2 housing, & 2 wheel. Satu dipanggil turbine housing, dimana ada turbine wheel. Turbine housing menerima gas panas dpd exhaust.

Turbine wheel akan bersambung dgn compressor wheel, melalui 1 shaft. So bila turbine wheel pusing, pd masa yg sama compressor wheel akan berpusing. Pusingan turbine wheel akan sedut udara masuk, & compressor wheel akan compress udara ni utk dihantar ke enjin. Sebelum sampai enjin, udara panas ni akan lalu intercooler, dimana udara tu akan disejukkan, lalu disalurkan ke throttle body, masuk ke enjin. Lagi laju wheel ni spin, lagi byk haba dihasilkan, so ini pentingnya ada turbo yg sesuai saiznya utk kegunaan kita utk extract power yg sebaiknya. Turbo yg kecil akan overwork, yg mana byk haba terhasil, yg akan menurunkan prestasi enjin.

Begitu juga dgn saiz turbo yg terlalu besar, turbo akan lambat spool, kena rev tinggi2 baru spool dimana utk road use, hari2 jln, tak guna cara mcm ni. Rugi je. Itu pentingnya saiz turbo yg sesuai dgn enjin & kegunaan kita.Bila kita tgk turbo tu sendiri, kdg2 kita perasan ada A/R ratio tertulis pd housing turbo tu. Apa dia A/R ratio ni? Basically apa yg kita perlu tau ialah lagi tinggi A/R ratio, lagi slow turbine tu perlu berpusing utk hasilkan boost yg sama. Cthnya kalau 1 turbo mempunyai A/R 0.4, & satu lagi mempunyai A/R 0.6, turbine turbo yg A/R rationya 0.6 hanya perlu berpusing lebih perlahan utk menghasilkan boost yg sama, katakan 1 bar.

Apa kelebihannya? Haba yg terhasil adalah kurang, & turbine tersebut lebih efficient utk boost yg tinggi. Apa disadvantagenya? Lambat spool, so kena rev tinggi baru dia spool & boost terhasil.Ada sesetengah pengguna rasa turbo yg sedia ada tak mencukup utk kegunaannya. Biasalah naluri manusia, tak pernah cukup Ada yg terfikir utk upgrade? Mcm mana?Byk cara sebenarnya kalau nak upgrade. Antaranya:1. Tukar compressor wheel & housing kpd saiz yg lebih besar dpd yg sedia ada, utk bagi more boost pd top-end, & lagi efficient. Sekali lagi, kena pilih dgn betul sebab saiz kena match dgn characteristic engine (spt rpm range, power output, dsb)2. Upgrade keseluruhan turbo, iaitu kpd saiz yg lebih besar dpd standard.

Cthnya kalau standard pakai GT25, upgrade ke GT28 dsb.Selain dpd tu, ada juga option utk kita upgrade kpd turbo yg material turbine-nya selain dpd besi, spt ceramic. Ceramic wheel spool lagi cepat, tapi in term of ketahanannya, kurang berbanding dgn besi. Ceramic ni kurang tahan boost yg tinggi, senang pecah, so ada pro & cons-nya.Boleh juga guna roller bearing type turbo, dimana jenis yg ni mempunyai bearing friction yg rendah, so sama mcm ceramic wheel, dia spool cepat berbanding dgn conventional bearing tapi tak sacrifice ketahanannya, so still thn lasak, boleh di'buli' dgn mudah on-road. My personal oppinion, this is the way to go, roller-bearing turbo. Saya sendiri menggunakan jenis roller-bearing. Byk manufacturer dah pakai jenis ni cthnya Garrett, & most aftermarket turbos spt Apexi, Trust, HKS pakai roller-bearing. Garrett claimed yg roller-bearing turbo-nya akan spool dlm 30% lebih cepat dpd conventional turbo, yg mana ini improvement yg bagus.Now, bila dah tau option2 kita, apa lagi yg perlu kita consider?

Selain dpd yg disebut diatas, ada lagi perkara2 lain yg perlu kta ambil perhatian & fahamkan betul2 sebelum buat apa2 modification pd kereta kita. Pertamanya, dgn tambah boost, fuel requirement kita pun bertambah, so kita kena pastikan fuel mencukupi, kalau tidak gerenti jadi 'knocking', yg mana dgn mudah saja internal enjin kita boleh rosak, sekali lagi: duit kena keluar utk rebuild enjin. So pastikan buat dyno test, or on-road test dgn extensive-nya. Kalau enjin tak boleh thn test2 tersebut, jgn harap boleh survive bila kita hentam betul 100% full throttle on-road.Keduanya, cooling.

Most new generation turbo mmg water-cooled, so ada pipe dpd utk salurkan coolant ke core turbo tersebut. So kita kena selalu maintain cooling system enjin kita, check coolant selalu, tambah kalau kurang, servis cooling system kita selalu & pastikan radiator berfungsi dgn optimum.Ketiganya, intercooler. Mesti pasang intercooler, no question about that. Tapi, kdg2 bila kita upgrade turbo, i/cooler yg sedia ada tak mampu tampung heat build-up, so dah tak efficient. Mcm mana kita nak tau? Ambik real-live temp pd intake & exit outlet pd i/cooler, sambung ke digital temp monitor, buat on-road test & sebaik2nya kalau ada temp monitor yg boleh sambung ke port laptop lagi bagus, sebab boleh record data. Kalau tak, ajak kawan utk monitor perubahan suhu. Ambil kira juga faktor ambient temp, traffic dsb. Kalau dah ta kefficient, sekali lagi ini boleh sebabkan 'knocking'. Option kita: upgrade airflow ke i/cooler, spt bubuh kipas, tambah water spray utk turunkan suhu terutamanya masa traffic jam, or upgrade i/cooler yg core-nya lagi efficient utk pindahkan haba.Sebaik2nya pilih turbo yg matching dgn kereta kita, jgn main hentam 'plug-and-play' ja, itu bukan caranya.

Salah pilih saiz, merana la enjin. Jgn main ikut org, belajar fahmkan technical aspect of turbocharger, then kita boleh decide sendiri apa yg kita perlu utk kereta kita. Ambil tahu apa jenis turbo, A/R ratio, dsb pd enjin kita, bukan hanya tau lenjan je, tapi apa pun tak tau. Kalau ada sesetengah org yg tak tau jaga kereta, tau isi minyak ja, enjin tak maintain dsb, dlm golongan yg pakai turbo, org yg tak tau apa2 pasal turbo, even jenis turbonya, berapa boost, A/R ratio dsb,

ha org2 mcm ni sekapal la dgn org yg tak ambil tau langsung paal maintenance enjin dsb, tau drive & isi minyak je So kalau anda tak mau tergolong dlm kumpulan mcm ni, ambil tau, belajar & fahamkan mengenai turbocharger

Info - 12 Panduan Membeli Tayar Kereta



1 - meninjau harga di pasaran tayar di Malaysia atau di sekitar kawasan anda melalui carian dalam talian @ terus ke kedai tayar.

2 - Lihat beberapa forum kajian tentang jenama tayar dan model tertentu untuk mengelakkan membeli tayar murah dan rendah kualiti

3 - Cari beberapa kedai yang menjual jenis tayar yang anda mahu dan bandingkan harga. Dapatkan tawaran yang terbaik. Harga yang perlu termasuk allignment & balancing jika perlu. Dapatkan harga muktamad.

4 - Tanya tentang jaminan tayar dan penerimaan.

5 - Jangan membeli tayar buatan China . Dan jika boleh mengelakkan tayar murah seperti Silverstone kerana ia cenderung untuk rosak dirinya dalam masa yang lebih singkat . Daripada membayar dua tayar dalam 3 tahun , lebih baik mendapatkan tayar dengan tidak lebih daripada 150% mahal tetapi boleh bertahan lebih lama dengan kualiti yang lebih baik dan cengkaman untuk keselamatan anda , selesa dan bebas daripada fikiran.

6 - Pilih tayar yang dibuat di Malaysia atau negara jiran kerana ia akan sesuai dengan keadaan cuaca dan tahan lama.

7 - Pastikan tayar yang mempunyai tahun pembuatan terkini. Anda boleh melihat tahun 2012 dan lain-lain pada tayar sebelum kakitangan kedai tayar memasang tayar kereta anda.

8 - Penglihatan memeriksa keadaan tayar. Pastikan ia baru. bukan tayar korek @ 2nd.

9 - Putaran arrow - Pastikan mereka memasang dengan betul dengan mengikut putaran arrow tanda pada sisi putaran tayar.

10 - Pastikan mereka memasang semua skru nuts, dan memulangkan lock tayar anda  sebelum anda berjalan keluar dari kedai tayar tersebut.

11 - Minta resit dan meminta pemilik kedai tayar untuk meletakkan tempoh jaminan padanya dan menandatangani.

12 - Jika anda mendapati bahawa tayar memberi getaran tinggi, kembali ke kedai dan semula melakukan allignment & balancing.

2 Mei 2014

Ops Cermin Gelap JPJ




Info - 7 Langkah Penting Sekiranya Anda Terlibat dlm Kemalangan







1. Periksa keadaan diri sendiri dan penumpang
Selepas kemalangan, kebanyakan mangsa mesti berada dalam keadaan terkejut dan memang sukar untuk berfikir secara rasional. Jadi tenangkan diri dahulu dan pastikan diri sendiri atau penumpang tidak mengalami kecederaan. Jika ada kecederaan serius hubungilah ambulans dan dapatkan rawatan segera. Pastikan mendapat salinan laporan perubatan untuk kegunaan tuntutan nanti.

2. Periksa keadaan kenderaan dan sekeliling
Jikalau ada kamera, ambil gambar sebarang kerosakan yang dialami, gambar kenderaan lain yang terlibat, gambar keadaan jalan dan sekeliling. Ambil nota seperti waktu kemalangan, keadaan trafik, keadaan cuaca, keadaan jalan dan sebagainya, supaya boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kejadian tersebut. Jikalau kenderaan masih boleh dipandu, pindahkan kereta ke tempat yang tidak mengganggu haluan trafik. Jikalau tidak boleh dipandu, tunggu hingga towtruck datang.

3. Dapatkan maklumat dari pemandu lain
Pastikan anda mendapat nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor lesen memandu, alamat terkini dan juga nombor telefon semua pemandu yang terlibat. Jikalau ada maklumat insurans lebih bagus. Jikalau kenderaan lain itu adalah kenderaan komersial dapatkan butiran syarikat sekali. Jangan bertindak melulu dan pastikan diri tenang pada setiap masa. Tindakan memarahi atau memaki hanya akan menyukarkan keadaan dan tidak membantu sesiapa. Jika kerosakan adalah kecil boleh berbincang untuk menyelesaikan masalah tanpa perlu melibatkan pihak polis atau insurans.

4. Hubungi pihak insurans kereta anda
Jikalau kereta dalam keadaan yang teruk dan tidak boleh dipandu, hubungi pihak insurans untuk mendapat bantuan. Selalunya pihak insurans menyediakan khidmat bantuan kemalangan. Kadangkala ada pihak tertentu akan datang pada anda dan meminta anda menandatangani sebuah borang supaya mereka boleh menarik kereta anda ke bengkel terdekat. JANGAN tandatangan apa-apa borang atau setuju untuk kereta anda ditarik. Tunggu bantuan daripada pihak insurans anda sahaja. Jikalau tidak, kemungkinan anda tidak dapat dilindungi oleh insurans kereta anda. Pastikan anda mendapat nombor telefon towtruck dan juga nombor telefon bengkel berkenaan.

5. Buat laporan polis di balai polis terdekat
Selepas pihak insurans kereta telah menguruskan kereta anda, bolehlah pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Membuat laporan polis adalah WAJIB jika hendak membuat sebarang tuntutan kelak. Semua pihak terlibat hendaklah membuat laporan polis dalam masa 24 jam dari masa kemalangan. Jikalau mengalami kecederaan serius dan tidak dapat membuat laporan dalam masa 24 jam, orang lain boleh membuat laporan bagi pihak anda.

6. Membuat tuntutan dari pihak insurans sendiri
Setelah selesai semua langkah di atas bolehlah buat tuntutan dari pihak insurans. Hubungi pihak insurans dan berikan salinan laporan polis. Selalunya pihak bengkel akan membantu membuat tuntutan kerana mereka telah biasa buat. Pastikan anda mendapat semua salinan resit kos pembaikian dan dokumen lain yang berkenaan untuk rekod anda. Dari segi kecederaan pula, jika anda mempunyai insurans kesihatan/perubatan, bolehlah menghubungi ejen insurans anda untuk membantu anda membuat tuntutan. Salinan laporan perubatan dan salinan laporan polis adalah amat penting dalam proses tuntutan jadi pastikan anda membuat salinan lebihan.

7. Membuat tuntutan dari pihak yang melanggar
Jika anda rasa bahawa sebab tunggal kemalangan tersebut terjadi adalah dari kecuaian pihak yang lain, anda boleh membuat tuntutan terhadap mereka. Jika ada maklumat seperti dalam perenggan 3, bolehlah hubungi pihak insurans mereka atau jika mereka adalah syarikat bolehlah hubungi pihak syarikat. Hantarkan surat untuk menuntut pampasan. Kebiasaannya mereka akan menolak tuntutan tersebut dan anda hendaklah menggunakan khidmat peguam untuk membuat tuntutan pampasan tersebut. Anda boleh menuntut gantirugi terhadap kerosakan kepada kereta, kecederaan pada diri dan penumpang, dan juga sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi ketika kemalangan tersebut dan sebagainya. Anda boleh membuat tuntutan sedemikian walaupun anda telah mendapat lindungan daripada pihak insurans sendiri. Membuat tuntutan pampasan menggunakan peguam melibatkan kos tetapi kebanyakan peguam akan mengenakan bayaran awal yang rendah dan menetapkan yuran akhir berdasarkan peratusan dari jumlah yang dituntut.