31 Julai 2013

Propa - Plat No Sempena AidilFitri 2013

Rare dari geng superman highway...


 maklum balas dari JPJ Malaysia.


plat no mengarut kata JPJ...hahaha..siap la ko geng superman highway...RM300 saman..




21 Julai 2013

Info - Spesifikasi No Plat Kenderaan



3 Bentuk Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan
  1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai hitam.
  2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
  3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di'embossed' atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.

Contoh-contoh Ukuran Plat Kenderaan


Info - Penguatkuasaan Terhadap Lampu HID



High intensity Discharged (HID) Headlamp iaitu lampu yang tidak menggunakan filament tetapi menggunakan Gas Xenon. Pemasangan lampu HID secara aksesori (Retrofit) adalah tidak dibenarkan kecuali penukaran keseluruhan sistem lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM.
Lampu HID yang dipasang secara aksesori (retrofit) dengan kuasa melebihi standard yang telah ditetapkan boleh menganggu penglihatan dan seterusnya memudaratkan pengguna jalan raya lain.

Pada 19 November 2007, JPJ telah mengemaskini C&U dan memasukkan peraturan kawalselia terhadap penggunaan lampu HID di dalam Kaedah 96 (2)(i) yang menyatakan "sekiranya lampu HID digunakan, pemasangan,spesifikasi dan sistem lampu tersebut hendaklah mematuhi peraturan UNECE 48, UNECE 98 dan UNECE 99".

Penguatkuasaan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara aksesori (Retrofit)boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu 'keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau mungkin mengakibatkan merbahaya pada orang di dalam kenderaan atau di atas jalanraya', kesalahan ini boleh didenda sehingga RM 2000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 6 bulan dibawah seskyen 119(1) APJ 1987.

Pemeriksaan terhadap kenderaan yang mengubahsuai/memasang lampu HID secara aksesori (retrofit) dengan mengeluarkan notis larangan Penggunaan Kenderaan (PG1) di bawah Seksyen 59 APJ 1987 bagi kes-kes yang dikesan sehingga akhir bulan November 2008.

Saman mula dikeluarkan bermula bulan Disember 2008 terhadap kenderaan yang mengubahsuai/memasang lampu HID secara aksesori (retrofit).

Pemandu/pemilik akan diberi masa selama sepuluh hari (10) untuk memperbetulkan lampu tersebut kepada lampu asal
sumber :JPJ
http://www.jpj.gov.my/web/guest/penguatkuasaan-terhadap-lampu-hid

Info - Panduan Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian





Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah
mengikut panduan yang telah ditetapkan. Senarai pengubahsuaian tersebut adalah seperti berikut:-

1.  Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
2.  Pemasangan door visor pada kenderaan.
3.  Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards
     (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
4.   Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
5.   Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
6.   Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
7.   Penukaran kotak gear manual / automatik
8.   Pemasangan kanopi / kanvas
9.   Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel
10. Pemasangan roof-rack (para bumbung) / Bike Carrier
11. Pemasangan spotlight
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-

1.  Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan.
2.  Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan.
3.  Pemasangan lampu HID secara retrofit.
4.  Penukaran sistem pacuan.
5.  Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian
     hadapan atau belakang kereta.
6.  Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain
     warna merah / amber pada bahagian belakang.
7.  Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
8.  Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
9.  Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50%.


sumber:JPJ
http://www.jpj.gov.my/web/guest/pengubahsuaian-kenderaan-persendirian

17 Julai 2013

Info - No Telefon Kecemasan di LebuhRaya (PLUS)



JIKA ANDA DIGANGGU ATAU DITIMPA MUSIBAH DI LEBUHRAYA TERUS HUBUNGI NO
NO INI....WALAU BAGAIMANA PUN NO 999 TETAP BOLEH DIGUNAKAN CUMA NO NO

TEL INI TERUS KE KERETA PERONDA....BIASANYA KALAU KITA CALL 999 DIA
ORG AKAN MINTAK NO TEL KITA DAN PUSAT OPERASI AKAN HUBUNGI PERONDA
DILOKASI KITA DAN PERONDA AKAN HUBUNGI KITA MELALUI NO NO TEL YG
DIBEKALKAN DLM KERETA PERONDA....PROSES INI AMBIL MASA HAMPIR 15
MINIT....OLEH ITU TERUS JER CALL NO NO TEL INI INSYAALLAH MUNGKIN
PERONDA ITU BERADA BERHAMPIRAN KITA.....PRINT BESAR BESAR SIMPAN DLM
KERETA ATAU SAVE DLM HANDSET KITA......Terima Kasih.


1 .Bukit Kayu Hitam-Alor Setar-Sungai Petani
 013-3836002

2 Butterworth-Kulim-Bandar Baru
 013-3836003

3 Jawi-Changkat Jering- Ipoh
  013-3836005

4 Ipoh-Tapah-Tanjung Malim
 013-3837140

5 Tanjung Malim-Sungai Buloh-Bukit Raja
 013-3836009

6 Sungai Besi-Seremban-Ayer Keroh, Seremban-Port  Dickson
013-3837144

7 Ayer Keroh-Pagoh-Ayer Hitam
 013-3837143

8 Ayer Hitam-Senai-JB, Taman Perling-Tg Kupang (Second Link)
 013-3836016

9 KL-Klang, Shah Alam-Nilai-Sepang
 013-3836017

10 Sri Petaling-Klang, Damansara-Puchong Sprint (Kerinchi Link)
 013-3836018

11 KL-Karak
 019-3244010

Teaser - Proton Custom Key

Kunci Asal telah di Custom utk masuk ke alat ini,Rasa lebih Bergaya & Selamat.