24 November 2015

DIY - Pasang Foglamp + HID 8000k Exora


Selamat BerDIY.jumpa lagi kita dalam sesi DIY,kali ini sy akan buat DIY pasang Foglamp+HID pada MPV Exora.Sy akan tunjukkan bagaimana membuka bumper depan & cara2 pasang Foglamp.

Tools:
* screwdriver philips
* test-pen
* T saiz 10'
* spanar saiz 10"

1: Buka hood & mulakan dgn membuka skru saiz 10".
 


2: Buka semua klip yg saya tandakan merahdi bahagian grill menggunakan test-pen.

3: Di sebelah kiri pemandu terdapat grill ventilation utk intercooler,jika anda pakai bumper custom anda dilarang menutup bahagian ini.ini kerana terdapat corong di sebalik bumper yg berfungsi utk menyejukkan intercooler.
 
 

4: Contoh foglamp yg telah dipasang bracket,serta mentol HID8000k H7.
 


5: Buka skru yg ada di tempat asal & pasang semula dgn foglamp termasuk bracket.
 

6: Sy menguji foglamp & ejas sedikit suluhan ya ke bawah.Selesai

13 November 2015

DIY - Tukar Door Handle Exora (Krum)

Salam Jumaat,Harap pembaca blog ini dalam keadaan sihat hendaknya.
Dah lama sy nk buat DIY ini tapi masa tak mengizinkan akibat kekangan kerja.
saya ingin menerangkan sedikit sebanyak tentang DIY door handle ini.
doorhandle ini jenis krum parts yg sy beli dari seller putrajaya iaitu JBK.
doorhandle ini boleh digunakan pada kereta Exora,Persona & Saga (BLM,FLX)
 jom saya terangakan .


1: DoorHandle krum yg saya beli dari JBK ,boleh cari di kedai aksesori berhampiran .

2: Stok yg terdapat pada exora basic saya jenis matteblack.


3: Buka pintu & tengok pada tepi pintu buka penutup getah tu.
gunakan screwdriver mata philips utk membuka screw.(hanya dgn 4 purataran shj)


4: Tarik dgn perlahan handle tu,pastikan getah seal ada pd handle.Tarik handle sekali sebelum membukanya supaya mudah bila anda masukkan handle baru. (skill tu)


5: Selepas kesemua dibuka ambil parts dari handle lama utk dipasang pd handle krum.gunakan testpen utk membuka (hati2 jgn smp patah klip tu)
perhatikan gambar tersebut.sy umpil sambil tarik klip utk membukanya.



8: Kemudian pasang doorhandle krum pd tempat asal,masukkan getah seal pd handle.
 

9: Selesai..selamat berDIY bro.

gambar sebelum 
 

gambar sesudah


P/S: jimat poket yg tebal tu...huh!!! (xleh cari mknla kedai aksesori mcmni) kah kah kah!

11 November 2015

Info - Kereta Continental Hanya Indah Khabar Dari Rupa



"Kereta Continental Hanya Indah Khabar Dari Rupa"
Kereta buatan Eropah terutamanya buatan Jerman tidaklah segah pada namanya dedah Warranty Direct. Menurut kajian yang dijalankan oleh syarikat Warranty Direct berkenaan isu reliability enjin, terdapat sekurang-kurangnya 4 pengeluar kereta buatan Jerman berada di carta Top 10 jenama kenderaan yang bermasalah.
Warranty Direct yang merupakan sebuah syarikat pengendali warranti kenderaan ini mempunyai sebanyak 50,000 buah kenderaan yang didaftarkan dengan mereka di seluruh Eropah mendedahkan jenama seperti Audi, BMW dan Volkswagen mempunyai banyak keluaran yang mempunyai masalah enjin. 

 Jenama seperti Audi menduduki tempat teratas selepas jenama MG Rover dan diikuti dengan jenama Mini.
Menurut Duncan McClure Fisher, pengarah urusan Warranty Direct, masalah enjin merupakan masalah yang paling ditakuti oleh mana-mana pemilik kenderaan kerana ianya akan memerlukan masa dan wang yang banyak untuk membaikpulih sesuatu enjin yang rosak.

Namun, bukan semua kereta keluaran Jerman mempunyai masalah yang serupa. Jenama automobil seperti Mercedes Benz mempunyai rekod yang baik dari segi masalah enjin dan ini meletakkan jenama ini pada tangga ketiga selepas jenama Honda dan Toyota.

Menurut Warranty Direct, jenama Honda mempunyai kadar kegagalan paling rendah iaitu 1 dari 344, diikuti dengan jenama Toyota; 1 dari 171 dan Mercedes Benz; 1 dari 119.
Berikut adalah carta yang dikeluarkan oleh Warranty Direct:

Top 10 Best,
==================================
1. Honda (failure rate: 1 in 344)
2. Toyota (failure rate: 1 in 171)
3. Mercedes-Benz (failure rate: 1 in 119)
4. Volvo (failure rate: 1 in 111)
5. Jaguar (failure rate: 1 in 103)
6. Lexus (failure rate: 1 in 101)
7. Fiat (failure rate: 1 in 85)
8. Ford (failure rate: 1 in 80)
9. Nissan (failure rate: 1 in 76)
10. Land Rover (failure rate: 1 in 72)

Top 10 Worst,
 ===================================
1. MG Rover (failure rate: 1 in 13)
2. Audi (failure rate: 1 in 27)
3. Mini (failure rate: 1 in 40)
4. Saab (failure rate: 1 in 40)
5. Vauxhall (failure rate: 1 in 41)
6. Peugeot (failure rate: 1 in 44)
7. BMW (failure rate: 1 in 45)
8. Renault (failure rate: 1 in 46)
9. Volkswagen (failure rate: 1 in 52)
10. Mitsubishi (failure rate: 1 in 59)

P/s: Nasib baik Proton dgn Perodua tak termasuk dalam list ..


Info - Tips Bagaimana Menjaga Sistem Penyejukan Kereta


Tips untuk menjaga sistem penyejukkan kereta.




1: Jangan sesekali menggunakan air paip biasa (air paip mengandungi logam berat yg boleh menyebabkan karat pd radiator)

2: Gunakan air mineral @ air yg ditapis dari waterfilter.

3: Flush 3 bulan sekali jika anda kerap menggunakan kereta tersebut.

4: Jangan campurkan air di dalam tangki coolant  kereta anda.

5: Tukar kipas sedia ada dengan kipas 11 blade aftermarket.

6: Tukar radiator cap jika spring cap tidak berfungsi.




Selamat Mencuba.

6 November 2015

Info - Kelebihan DownPipe + WastePipe




Downpipe bukan benda yg asing bg tuner2 turbo.alat ini sesuatu benda yg wajib ada pada jentera turbo ank mudazaman sekarang.banyak kelebihan yg ada jika anda memasang alat ini.seperti contoh di bawah.

* jimat dan tak perlu wastegate.
* ngauman enjin tidak terlalu bising.
* gas ekzos berlebihan akan masuk semula ke dalam saluran ekzos.
* gas ekzos yg dilepaskan dari pintu actuator akan menjadi lawas.

sekian.terima kasih.