24 November 2015

DIY - Pasang Foglamp + HID 8000k Exora


Selamat BerDIY.jumpa lagi kita dalam sesi DIY,kali ini sy akan buat DIY pasang Foglamp+HID pada MPV Exora.Sy akan tunjukkan bagaimana membuka bumper depan & cara2 pasang Foglamp.

Tools:
* screwdriver philips
* test-pen
* T saiz 10'
* spanar saiz 10"

1: Buka hood & mulakan dgn membuka skru saiz 10".
 


2: Buka semua klip yg saya tandakan merahdi bahagian grill menggunakan test-pen.

3: Di sebelah kiri pemandu terdapat grill ventilation utk intercooler,jika anda pakai bumper custom anda dilarang menutup bahagian ini.ini kerana terdapat corong di sebalik bumper yg berfungsi utk menyejukkan intercooler.
 
 

4: Contoh foglamp yg telah dipasang bracket,serta mentol HID8000k H7.
 


5: Buka skru yg ada di tempat asal & pasang semula dgn foglamp termasuk bracket.
 

6: Sy menguji foglamp & ejas sedikit suluhan ya ke bawah.Selesai

2 ulasan:

Chrisdian berkata...

Klu utk switch fog lamp bcm di sebelah mana ya?
Saya pasang fog lamp tapi dari fuse ga nyambung ke kabel yg ada di foglamp

RotorMasters berkata...

rujuk DIY sterusnya...