2 September 2013

Info - Exora CFE & CPS ODO Meter

satu lagi info tentang exora odo meter serta fungsi2 dalam panel meter.
Susun atur rekabentuk meter info Exora yg bagi sy hanya biasa2 je .. Ada dua pemapar LCD. Pemapar belah kanan memaparkan penunjuk pertukaran gear, odometer/trip, voltan bateri & voltan alat kawalan jauh (kunci)... Tekan butang set/set semula secara bergilir2 untuk melihat info2 (cam biasa). Manakala untuk mengaktifkan/mengubah pemapar LCD sebelah kiri kena tekan butang set/set semula melebihi 1 saat... So apa yg ada pada pemapar LCD belah kiri selain dari tolok bahanapi(fuel) & tolok suhu air?

Pertamanya, ada masa perjalanan i.e JT (journey time)... paparan adalah dalam jam & minit (hh:mm) dari mula enjin dihidupkan sejak JT diset semula. So kat atas tu menunjukkan JT ialah 54 minit...

Keduanya (yg lebih berguna), ialah jarak ke sifar i.e DTE (distance to empty)... Bermaksud jumlah jarak yg boleh dilalui dengan jumlah bahanapi yg masih berada dalam tangki bahanapi. Jika jarak kurang dari 50km maka paparan DTE akan berkelip2 dengan memaparkancepat2la isi minyak.

Yang ketiga ialah purata penggunaan bahanapi i.e AFC (average fuel consumption)... Ianya mengira purata penggunaan bahanapi daripada jumlah bahanapi yg digunakan dan jarak perjalanan yg telah dilalui. Contoh kat atas tu maksudnya penggunaan 15liter bahanapi bagi setiap 100km, banyak giler kan? Memang tak ekonomi tapi jangan takut, masa tu sy banyak berhenti lepak2 tanpa mematikan enjin kereta so jarak perjalanan tak jauh berbanding bahanapi yg telah digunakan. Faham ke tak ni?

Lastly, penggunaan bahanapi semasa i.e IFC (instantaneous fuel consumption)... Seperti namanya ianya mengira penggunaan bahanapi semasa daripada bahanapi semasa yg digunakan dan jarak perjalanan sehingga IFC diset semula. Bahanapi semasa yg digunakan adalah nilai yg terkumpul dari kuantiti bahanapi yg diisi. IFC dikira setiap saat & unitnya juga sama seperti AFC iaitu L/100km... IFC hanya dikira jika kenderaan memulakan pergerakan (pic kat atas tu diambil masa tak bergerak la). Paparan menunjukkan 0.0L/100km apabila IFC kurang daripada penggunaan minima iaitu 3.0L/100km. Bagusnya? Boleh 'keep track' ngan cara pemanduan semasa & seterusnya menyelaras pemanduan untuk mendapatkan penjimatan yg diingini... Cuma jgn lupa tengok jalan kat depan juga weh! :P

Bagi Exora Bold 1.6 CFE ni Proton meletakkan FC pada 8.3L/100km @ 90km/j... Maksudnya pada halaju malar 90km/j barulah memperolehi penggunaan bahanapi 8.3L bagi setiap 100km ek? So betulkah? Sepanjang perjalanan balik kampung 400km plus sy memperolehi AFC pada 9.3L/100km... Perjalanan melalui jalan bandaran & juga jalan perkampungan serta berbukit, bebannya 2 dewasa bersama 5 anak kecil (11yo, 9yo, 7yo, 5yo & 1 1/2 yo) bersama luggage. Kelajuan sepanjang perjalanan tak melebihi 110km/j, kebanyakannya 80-90km/j...Fikirkanlah ye..

17 ulasan:

Unknown berkata...

Bagai mana butang set untuk.. dan dimana butang set tu..

RotorMasters berkata...

unknown - untuk set tuan perlu ke bahagian millage tekan dan hold seketika..selepas lihat indicator akan berubah mengikut mode yg tuan mahukan..

Joe berkata...

Terima masih dengan entry yg berguna di atas,simple, menarik dan mudah difahami.
Banyak membantu pengguna baru mcm sy.
Beli Exora 2nd hand/terpakai tapi xde manual nak utk reference.

Unknown berkata...

Apa maalah meter minyak tak berfungsi...contoh: minyak dah habis tapi meter masih ada 4 bar

Tina Khalid berkata...

Terbaik penerangan yg jelas lagi best gile. Sy byk blaja drpd sini. Da brjaya set yg minyak KM tu. Smoga Allah merahmati tuan.

Unknown berkata...

macam mana nak tukar ODO ke TRIP..kdg2 dia tukar sendiri..utk kereta exora

irfan berkata...

terbaek brader... semoga Allah merahmati tuan punya blog ni.. hihihi.. terima kasih.. selamat hari raya... 🤣

Unknown berkata...

Baru saya faham apa itu ifc dan afc.selamani tak ambik tau pun. Tq bro..

Unknown berkata...

Sy nk Tanya knp gear P (parking) rasa ketat bila hendak bertukar kpd gear D??

Unknown berkata...

Kenapa jarum kilometer kadangkala mati kadangkala hidup,sensor gear baru tukar bulan 8.

Unknown berkata...

Klo lambang journey time tu xmo hilang kenapa yea

Unknown berkata...

Kenapa jarum km/h Exora tak stability..kadang2 bila behenti keta jarum sangkut kat tengah..start balik keta dia baru turun balik jarum tu..boleh bagi pendapat sesiapa ada masalah mcm ni

Unknown berkata...

Nak tahu harja

Unknown berkata...

Saya nak tahu meter

Unknown berkata...

Boleh bagitau tak mcm mana cara² nak set semula jam dekat meter exora cps

Unknown berkata...

kt meter kereta sy ade gmbar kreta blkgnye ade pokok tu..knpe yer

Unknown berkata...

sebelum ni xmuncul pun gambar mcm no2..harini lepas tukar bateri baru..timbul gambar kereta mcm no2..jd utk tukar mcm gambar no3..kene tekan butang set yg kat tengah2 ke..