8 Jun 2013

Info - Apa Fungsi Butang S.A.T pada Exora CFE



Ok, nak buat review sket pasal Exora Bold sebagai panduan kepada yang berminat… Sekarang ni ada 5 variasi Exora (termasuk manual) yang dijual di pasaran. Darinya hanya 2 varian yang menggunakan enjin turbo iaitu enjin Campro 1.6 CFE (Charged Fuel Efficiency) iaitu Exora Bold Premium & Exora Prime. Dan juga hanya varian enjin turbo sahaja yg di kombinasikan dengan transmisi CVT (Continuously Variable Transmission).

So apa kaitannya dengan butang S.A.T? Pertamanya kenalah faham apa itu transmisi CVT. CVT berbeza dengan transmisi Automatik biasa kerana CVT tidak mempunyai gear (cogs).  Secara mudahnya, satu set gear ialah satu set ‘cogs’ yang dipadankan bersama untuk membolehkan kelajuan input (enjin) diselaraskan dengan kelajuan output (kereta) untuk kegunaan yg bersesuaian. Sistem gear membolehkan kelajuan, daya kilas (torque) & arah sumber kuasa di ubah mengikut nisbah (ratio) yang diingini.  Contohnya kereta Automatik 4 kelajuan mempunyai 4 set gear (plus 1 reverse) yg mempunyai nisbah berbeza untuk kegunaan yg bersesuaian.  

CVT tidak mempunyai gear, binaan asasnya ialah belt yg bergerak di atas satu shaft berbentuk kon (pulley) mengikut kelajuan . So jumlah nisbah kelajuan input berbanding kelajuan output yg boleh wujud adalah tak terhingga (infiniti). Juga bermaksud jumlah ‘gear’ yg mungkin adalah infiniti! Kesannya ialah kelajuan kereta terus meningkat mengikut pendikit tanpa ada rasa pertukaran gear (kerana ianya tiada gear!) seperti transmisi Automatik biasa. Kelebihan menggunakan transmisi CVT ialah ianya lebih efisien yang seterusnya turut menyumbang kepada penjimatan bahanapi.

Sesetengah pemandu sukakan rasa pertukaran gear so disinilah kegunaan butang S.A.T (Stepped Auto Transmission). Seperti namanya ianya ialah satu sistem yg meniru (mimicking) rasa pertukaran gear seperti yang dirasai pada transmisi Automatik biasa. Dalam kes ni jumlah ‘gear’ yang di ‘pre-set’ ialah 6. Maksudnya ada 6 set 'gear' di mana pulley akan bergerak megikut nisbah yg telah ditetapkan. Actually nak letak 10, 100 or 1000 gear pun boleh sebab seperti yg diberitahu tadi jumlah gear yang boleh wujud dalam CVT ialah infiniti! 

Transmisi CVT yg digunakan dalam Exora ni adalah buatan ‘Punch Powertrain’ dari Belgium, sama seperti yang digunakan dalam Saga FLX cuma berbeza dari segi torque rating & oil cooler (Exora lebih besar sebab torque-nya lebih tinggi).  Punch Powertrain ni bukan asing dalam industri pembuatan CVT & mempunyai pelanggan seperti BMW Mini, Volvo, Rover,Hyundai dll so tak perlu risau sangat dari segi pembuatan & kualitinya (as long as not made in China mah!). 

Malam semalam berpeluang menggunakan butang S.A.T ni buat pertama kali (masa TD dulu lupa lak kehkeh). Tekan butang untuk aktifkan (lampu butang bernyala & gear display akan paparkan huruf ‘S’) dan tekan sekali lagi untuk matikan. Boleh tekan pada bila2 masa samada semasa berhenti atau semasa  pemanduan. Malam tadi juga berpeluang memandu masa jalan jammed (bumper to bumper).

So macam mana? Sebelum ni saya hanya pernah cuba sistem seperti ini pada tiga model iaitu Mitsubishi Lancer, Honda City (4th gen) & Toyota Altis. Terbaik ialah Mitsu yang mana mimicking-nya lebih meyakinkan (menggunakan CVT dari Jatco). Dari pemanduan dalam bandar selama lebih kurang 1 jam rasanya ianya tak sebaik sistem yang ada pada Mitsubishi Lancer. Tapi oklah, it’s not that bad. Pertukaran gear rasa lembab sikit & rasa ‘jerking’ tak jelas. Bagi sy yg bagusnya bunyi 'pertukaran gear' tidak terlalu kuat. Untuk lebih pasti rasanya perlu buat lebih ‘mileage’ & pada situasi yg pelbagai (sy baru guna 34km je hehehe).

Apa2 pun, sy yakin my wife takkan perasan apa2 perbezaan, ntah2 tak tahu pun kewujudannya tapi ianya tak penting. Pemanduan MPV lebih kepada santai. Lagipun seriously, sistem yg dibina untuk MENIPU & mengurangkan keefisianan nih penting ke? Miahahaha…

Tiada ulasan: