26 Mac 2013

Info - Kenali Minyak Pelincir (Engine Oil) Anda




Pengenalan Minyak Pelincir

Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin pula majoritinya menggunakan bahan-bahan keluli yang melakukan pergerakan tertentu setiap kali enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bergeser. Jadi, untuk meminimumkan masalah ini, minyak pelincir digunakan.

Secara asasnya, minyak pelincir akan berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.

Mengenali API dan SAE

'API' adalah singkatan kepada 'American Petroleum Institute' (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian 'API' untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.

Sementara 'SAE' pula adalah singkatan kepada 'Society of Automotive Engineers' (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman web http://www.api.org/ dan http://www.sae.org/ . Laman-laman web ini berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pengentahuan berkenaan perkembangan teknologi semasa industri automotif sedunia.

Gred Minyak Pelincir

Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu 'monograde' (gred tunggal) dan multigrade (pelbagai gred). Minyak pelincir 'monograde' adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir 'multigrade' dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.

Sementara minyak pelincir jenis 'multigrade' pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis 'multigrade' ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis 'monograde' tadi. Selalunya, minyak pelincir 'multigrade' dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.

Minyak pelincir 'multigrade' adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir 'multigrade' ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.

Gred SAE
Gred yg menunjukan kelikatan sesuatu EO.

SAE 0W
SAE 5W
SAE 10W
SAE 15W
SAE 20W
SAE 25W
SAE 20
SAE 30
SAE 40
SAE 50
SAE 60


Pengkelasan API
Kelas yg menujukan identiti EO.

SA
SB
SC
SD
SE
SF
SG
SH
SJ
SL

JASO MA

JASO adalah 1 bdn orgnisasi automotif drp jepun..dan gred ni dimula pakai pada sekitar thun 1998..gred ni plak adalah standard utuk 4 stroke engine yg mempunyai klac basah. EO yg mndpt gred ni adalah EO yg dipilih atas sbb mmpunyai kualiti API yg tinggi, mmpunyai sulfur yg rendah, tidak mudah berwap, thap buih yg rendah, kelikatan yg stabil pda suhu tinggi, melngkapkan gseran pda prestasi klac..dan utk pengtahuan korang jgk jaso dicipta khas utuk moto jepun seperti suzuki, yamaha, honda, dan Kawasaki..

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

klau exora bold cfe nk pkai yg mne sdap??

Tanpa Nama berkata...

nk taye..bold cfe pkai enjin brape??10w30/10w40

Tanpa Nama berkata...

nk taye..bold cfe pkai enjin brape??10w30/10w40

RotorMasters berkata...

10-40 pun ok..sbb suhu kat malaysia ni seusai dgn type tu..tidak terlalu pekat n tidak terlalu cair..

Tanpa Nama berkata...

bro lau pepg stat enjen..meter nek smpi 2..pstu dier trun ke 1..normal ke???

RotorMasters berkata...

tu normal bro..bila on aircond rpm akn naik ke 1500...off aircond rpm1000.

x50 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
RotorMasters berkata...

wslam bro...CPS bleh wat paddle respond + remap ECU...CPS auto ke manual bro??

Unknown berkata...

Exora bold pki bpe liter minyak enjin
#nubis

RotorMasters berkata...

4ltr pon dh cukup utk myk hitam..myk atf 3ltr..

Like Pages FB Kami :
https://www.facebook.com/adaskilljalanjer/